fbpx
Now Reading
[Kemaskini] Selepas Pasangan Rusia Kini Warga Amerika Pula Ceroboh & Panjat Menara Merdeka 118

[Kemaskini] Selepas Pasangan Rusia Kini Warga Amerika Pula Ceroboh & Panjat Menara Merdeka 118

Berdasarkan video tersebut, kelihatan mereka berempat memulakan aktiviti memanjat menara terbabit pada waktu tengah malam dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Kemaskini] Menurut PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), kumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 sebenarnya dilakukan pada tahun lalu.

Malah mereka semua sudah ditahan polis hari kejadian iaitu pada 1 Mei 2022. PNBMV turut menjelaskan keempat-empat mereka sudah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan juga pada hari yang sama.


Pada bulan lalu negara digemparkan dengan pasangan daripada Rusia apabila memuat naik hantaran gambar dan video di media sosial mengenai tindakan berani mereka memanjat puncak menara Merdeka 118 yang masih dalam pembinaan.

Hal ini kemudiannya menjadi bualan hangat orang ramai di mana majoriti mempersoalkan bagaimana kedua-dua individu terbabit boleh memanjat menara itu tanpa disedari atau ditangkap oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Panjat Puncak Menara Merdeka 118, Pasangan Rusia Akan Dipanggil Polis [Video]

Lagi sekali puncak menara Merdeka 118 dipanjat warga asing

Di saat isu terbabit masih segar di dalam ingatan rakyat Malaysia, kini tular pula kisah empat individu warga asing dipercayai dari Amerika Syarikat melakukan hal yang sama dengan memanjat puncak menara tersebut

Kegiatan mereka disedari selepas salah seorang daripada mereka iaitu Isaac Wright, bekas anggota tentera AS memuat naik video sedang memanjat dan ‘menawan’ puncak menara tersebut di laman YouTube Driftershoots.

Memanjat pada waktu malam dengan memakai jaket seperti pekerja binaan

Berdasarkan video tersebut, kelihatan mereka berempat memulakan aktiviti memanjat menara terbabit pada waktu tengah malam dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.

Mereka turut dilihat memotong jaring yang menghalang laluan tangga untuk naik ke bahagian tingkat atas menara tersebut.

Perjalanan mereka naik ke atas sangat sukar dan dipenuhi cabaran

Menurut mereka, perjalanan yang harus ditempuhi untuk naik ke atas puncak menara itu sangat sukar dan penuh dengan cabaran.

“Beberapa percubaan telah berakhir dengan ada individu dipenjarakan, jadi kami sedar yang kami berdepan risiko besar.

“Ini berakhir dengan jayanya. Ia adalah satu hadiah untuk mengakhiri tahun 2022 dengan menunjukkan rakaman tersebut,” tulisnya di ruangan deskripsi.

Memanjat menara hanyalah luahan artistik kebebasan dilakukan demi cinta mereka

Selain itu, mereka turut mengatakan bahawa tindakan memanjat menara itu hanyalah satu ‘luahan artistik kebebasan’ atas dasar cinta mereka terhadap aktiviti berbahaya itu.

Pada masa sama, mereka juga tidak menggalakkan sesiapa sahaja yang melihat video tersebut melakukan aksi yang sama seperti yang ditunjukkan.

Dahulu tular pasangan Rusia panjat puncak menara Merdeka 118

Terdahulu, kecoh di media sosial pasangan daripada Rusia memanjat puncak menara Merdeka 118 secara haram.

Salah seorang dari individu berkenaan juga telah mendedahkan taktik yang dilakukan mereka demi menakluk puncak menara tertinggi di Malaysia itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.