fbpx
Now Reading
‘Berita Baik Untuk Bumi’ – Lapisan Ozon Semakin Pulih, Lapor PBB

‘Berita Baik Untuk Bumi’ – Lapisan Ozon Semakin Pulih, Lapor PBB

Lapisan ozon yang semakin menebal ini bermaksud perlindungan yang lebih baik untuk manusia dan juga kehidupan lain di bumi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan lapisan ozon bumi, yang melindungi manusia dari sinar ultraviolet matahari, akan sepenuhnya pulih dalam jangka waktu empat dekad lagi kerana bahan udara yang merosakkan lapisan atmosfera sedang menurun.

Menurut Wion News yang memetik laporan PBB, lapisan ozon akan kembali pulih seperti tahun 1980 menjelang tahun 2040 di seluruh dunia, 2045 di seluruh Artik, dan pada 2066 di seluruh Antartika.

Para saintis temui penebalan ketara lapisan ozon

Para saintis daripada Program Alam Sekitar PBB dan Organisasi Meteorologi Dunia menemukan penebalan yang ketara dari lapisan ozon sekaligus menggambarkan penemuan itu sebagai ‘berita baik untuk bumi’.

Lapisan ozon yang semakin menebal ini bermaksud perlindungan yang lebih baik untuk manusia dan juga kehidupan lain di bumi.

Protokol Montreal dilaksanakan pada tahun 1989, usaha baiki lapisan ozon

Sebelum ini, amaran penipisan lapisan ozon pertama kali dikeluarkan pada tahun 1980-an sebelum protokol Montreal dilaksanakan pada tahun 1989.

Dibawah protokol itu, negara-negara berjanji untuk menghapuskan bahan yang merosakkan lapisan ozon seperti klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan sebagai bahan pelarut dan penyejuk.

PBB umumkan kejayaan protokol Montreal

Selepas lebih 30 tahun, laporan terbaharu PBB mencatatkan kejayaan protokol Montreal dalam membantu memperbaiki lapisan ozon.

“Kejayaan kami dalam menyingkirkan bahan yang menipiskan ozon menunjukkan kepada kita apa yang boleh dan harus dilakukan dengan segera untuk beralih dari bahan api fosil, mengurangkan gas rumah hijau dan mengehadkan peningkatan suhu,” kata Petteri Taalas, Setiausaha Agung Organisasi Meteorologi Dunia.

Kenyataan itu diberikan olehnya ketika mengumumkan laporan kemajuan pada Isnin lalu (9 Januari) yang akan dilakukan setiap empat tahun.

Klorin dan bromin yang merosakkan lapisan ozon menurun 11.5% dan 14.5%

Menurut laporan sama, klorin yang merosakkan lapisan ozon menurun sebanyak 11.5% dalam stratosfera antara puncaknya pada 1993 dan 2020.

Sementara itu, bromin juga menurun 14.5% dalam stratosfera antara puncaknya pada 1999 dan 2020.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.