fbpx
Now Reading
‘Pengubat Rindu’ – Doa Wanita Termakbul, Jumpa Lelaki Mirip Wajah Arwah Ayah Di Tanah Suci [Video]

‘Pengubat Rindu’ – Doa Wanita Termakbul, Jumpa Lelaki Mirip Wajah Arwah Ayah Di Tanah Suci [Video]

Ketika wanita tersebut menunjukan gambar arwah bapanya, lelaki yang ditemui itu juga mengakui bahawa wajahnya sama seperti Allahyarham.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkara paling ditakuti oleh setiap insan di dunia pastinya saat pemergian orang dikenali khususnya insan tersayang.

Bagaimanapun, kematian adalah satu perkara yang tidak dapat dihindari dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui saat seseorang hambanya itu akan meninggalkan dunia yang sementara ini.

Hal ini menyebabkan mereka yang masih berada di dunia ini terpaksa menanggung perasaan rindu yang begitu berat untuk dilupakan.

Wanita jumpa lelaki mirip wajah bapa di Tanah Suci

Begitulah cerita seorang wanita ini apabila diizinkan oleh Allah SWT untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah seiras dengan arwah bapanya di Mekah.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eliaizham, wanita itu yang merindui arwah bapanya telah berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang memiliki wajah seiras Allahyarham ketika dia berada di Tanah Suci.

“Ya Allah pertemukanlah wajah seiras arwah papa di Tanah Haram Mu. Aku rindu dia Ya Allah,” tulisnya di dalam video.

Doa wanita itu dimakbulkan Allah SWT

Benarlah sesungguhnya Allah SWT itu maha mendengar lagi maha mengetahui apabila doa wanita tersebut dimakmulkan selepas dia melihat seorang lelaki berwajah sama seperti arwah bapa kesayangannya.

Tidak ingin melepaskan peluang, wanita tersebut mengejar lelaki yang dilihatnya itu untuk menyapa dan juga mengambil gambar sebagai pengubat rindu.

Lelaki terbabit turut mengakui wajahnya sama seperti Allahyarham

Ketika wanita tersebut menunjukan gambar arwah bapanya, lelaki yang ditemui itu juga mengakui bahawa wajahnya sama seperti Allahyarham.

“Ya Allah arwah papa, terus aku kejar dia. ‘You look like my walid’. Aku tunjuk gambar arwah papa. Dia kata, ‘MasyaAllah same’ al-Fatihah,” tulisnya lagi.

“Apa ni buka je TikTok terus sebak” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, ternyata perkongsian video tersebut mencetuskan rasa sebak pada rata-rata pengguna media sosial. Malah ada juga yang berharap akan diberikan peluang untuk bertemu dengan seseorang yang seiras dengan insan mereka rindui.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.