Sejak kebelakangan ini, kerap kali kita mendengar mengenai kejadian restoran makanan yang dilihat kotor dan tidak selamat untuk dimakan.
Hal ini susulan tularnya satu rakaman oleh seorang pelanggan yang terlihat seekor tikus sedang asyik meratah ayam goreng di sebuah kedai mamak di Pandan Indah, Ampang.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: MPAJ Batalkan Lesen Restoran Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng
Selain itu turut kecoh di media sosial apabila sebuah kedai nasi kukus di Sabah dikejutkan dengan penemuan kepala tikus di dalam lauk yang sudah dimasak.
Tatkala masyarakat Malaysia masih mengingati kejadian tersebut, kini tular pula video menunjukkan lauk ayam di sebuah restoran nasi kandar di Kepala Batas, Pulau Pinang mempunyai ulat yang masih hidup.
Menerusi hantaran video di akaun TikTok @penang_kini_official, kelihatan sebungkus nasi kandar dengan lauk ayam yang begitu menyelerakan.
Bagaimanapun, pada waktu ia diteliti dengan baik, terlihat seekor ulat sedang bergerak-gerak di atas ayam tersebut.
Perkara sebegini semenangnya tidak harus terjadi di mana-mana restoran kerana ia boleh menyebabkan para pelanggan mengalami keracunan makanan.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.
Pada masa sama, mereka turut meminta agar aduan kepada jabatan kesihatan negeri tersebut dilakukan agar tindakan susulan dapat diambil.
Susulan kejadian sebegini yang semakin kerap berlaku, kami sarankan kepada orang ramai agar sentiasa memeriksa dahulu makanan yang dibeli sebelum menjamahnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…