Ahli Politik Di Brazil Terpaksa Dibedah 2 Kali Selepas Doktor Tertinggal Gunting Dalam Usus

Seorang ahli politik di Brazil terpaksa menanggung kesakitan selama seminggu apabila doktor bedah tertinggal sebilah gunting di dalam usus selepas mengeluarkan tumor dari perutnya.

Memetik laporan Daily Mail, ahli politik yang dikenali sebagai Cleyton Zanatta telah menjalani pembedahan usus di Hospital di wilayah Colíder pada 20 Januari yang lepas. Dia kemudian mula berasa sakit di bahagian perut selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Jalani imbasan CT sebelum menemukan gunting dalam perut

Zanatta ,46, yang berkhidmat di bandar raya Nova Santa Helena lalu berkunjung ke sebuah klinik pada 26 Januari untuk menjalani imbasan CT sebelum menemukan sebilah gunting di dalam perutnya.

Dia lalu dikejarkan dengan segera ke hospital di wilayah Colíder untuk melakukan satu pembedahan bagi mengeluarkan gunting tersebut dan dia dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari pembedahan dijalankan.

Masih alami sakit kepala lepas pembedahan kedua dibuat

Zanatta turut memaklumkan kepada satu saluran berita iaitu Brazil G1 bahawa dia masih perlu menjalani ujian lanjut dan memberitahu doktor bahawa dirinya masih mengalami sakit kepala.

“Dia memberitahu saya bahawa ia (sakit kepala) adalah sebahagian darinya kerana telah menerima dua bius dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada seminggu,” kata Zanatta.

Jabatan Kesihatan Negeri juga sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui bagaimana objek tersebut boleh tertinggal di dalam perut pesakit.

Tak pasti akan buat tindakan undang-undang atau tidak

Zanatta bagaimanapun tidak pasti sama ada dia akan mengambul tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan atau tidak.

“Baru sahaja membuang tumor dan hasilnya adalah positif, saya perlu melalui doktor serta membuat susulan.

“Pada masa ini, saya tidak berfikir tentang perkara itu. Namun mahu melihat apa yang akan berlaku bermula sekarang,” kata lelaki itu.

Kes Zanatta itu turut mengimbas semula tentang seorang pesakit yang juga mengalami pengalaman yang lebih kurang apabila forsep logam tertinggal di dalam perutnya selepas menjalani pembedahan selama tujuh jam di Hospital Alexandra di Worcestershire, England pada 23 November 2022.

Doktor menyedari kesilapan itu selepas melakukan analisis x-ray ketika pesakit masih berada dibawah anesthesia (bius) dan objek tersebut kemudian dikeluarkan pada hari yang berikutnya.

Baca artikel berkaitan: Wanita Anak Tujuh Sakit Perut Selepas Dibedah, Rupanya Ada Gunting Tertinggal Dalam Perut

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago