Kasih Bapa Selamanya, Lelaki Sanggup Korbankan Diri Demi Lindungi Anak Dari Runtuhan Buat Ramai Sebak [Video]

Tragedi gempa bumi yang melanda negara Turkiye dan Syria pada Isnin lalu (6 Februari) amat mengejutkan dunia.

Di dalam tragedi tersebut, puluhan ribu nyawa terkorban menyebabkan pasukan penyelamat Turkiye dan Syria dengan bantuan negara-negara lain melancarkan misi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

Sejak peristiwa itu, terdapat beberapa video di media sosial yang menunjukan keadaan gempa bumi yang telah meruntuhkan ribuan bangunan yang dikongsikan rakyat Turkiye dan Syria serta media.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Terkenal Dengan Senyuman, Cef Dari Turkiye Menangis Rayu Pengikutnya Untuk Beri Bantuan

Bapa sanggup terkorban demi selamatkan anak

Seperti baru-baru ini, tular video yang begitu menyayat hati apabila kelihatan seorang bapa sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan nyawa anak-anaknya.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @MohdAhtishamAh1, kelihatan pasukan penyelamat sedang mengeluarkan jasad seorang lelaki yang tertimbus di bawah runtuhan dinding bangunan.

Semasa dijumpai, kelihatan mayat lelaki terbabit sedang tunduk ke bawah dengan keadaan tangan yang terbuka seperti memeluk sesuatu.

Apa yang menyedihkan, ternyata lelaki terbabit merupakan seorang bapa yang sedaya upaya cuba melindungi anak kecilnya ketika runtuhan berlaku.

Kanak-kanak tersebut masih hidup ketika dikeluarkan

Lebih mengejutkan, ketika pasukan keselamatan mengeluarkan anaknya, ternyata kanak-kanak terbabit masih hidup menyebabkan para petugas terkejut sekaligus melaungkan takbir berulang-ulang kali.

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” laungan yang kedengaran menerusi video.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Syria memandangkan salah seorang dari petugas menggunakan uniform yang tertera tulisan ‘Syria Civil Defence’.

Netizen turut sebak melihat video tersebut

Video berdurasi 1 minit itu ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut sebak melihat pengorbanan sang ayah terhadap anaknya itu.

Gempa bumi 7.8 magnitud mengorbankan lebih 20,000 nyawa

Terdahulu, Turkiye dan Syria dihentam gempa bumi dasyat pada 7.8 skala Richter yang menyebabkan berlakunya kemusnahan besar-besaran selain puluhan ribu nyawa terkorban.

Kemas kini terbaru mendapati jumlah korban di Turkiye dan Syria terus meningkat mencecah jumlah lebih 20,000 orang, lapor DW.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago