Aktiviti berbasikal pada masa kini sudah mula menjadi kegemaran orang ramai, malah hampir setiap minggu pasti ada sahaja beberapa kumpulan yang dilihat membuat kayuhan bersama rakan-rakan mereka.
Bukan hanya orang awam, aktiviti ini juga turut diminati di kalangan selebriti dan juga ahli politik seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khairy Jamaluddin, Alif Satar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta ramai lagi.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Dr Hannan iaitu pengasas kepada Hannan Mediaspa yang menunjukkan situasi di mana seekor kucing berjaya mencuri perhatian ramai sehingga membuatkan ramai yang ingin bergambar dengannya.
Menerusi video tersebut, kelihatan Dr Hannan bersama penyanyi terkenal Alif Satar sedang berehat di tepi bahu jalan sambil menjerit memanggil orang ramai yang lalu lalang untuk mengambil gambar bersama penghibur tersebut.
“Siapa nak ambil gambar dengan Alif? Alif Satar ada dekat sini,” katanya sambil bergurau dan menunjukkan reaksi penyanyi itu yang memerhatikan gelagatnya.
Tidak lama kemudian ramai yang datang ke arah Alif untuk mengambil gambar bersama sehingga dia tidak sempat untuk berehat.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila munculnya si Oyen yang sedang duduk dalam sebuah bakul basikal bersama dengan pakaian yang stail seperti topi, baju dan spek kaca hitamnya.
Perkara itu telah membuatkan ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan Oyen atau dikenali sebagai King Oyen termasuklah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan juga Alif Satar.
“Alif pun nak tumpang glamour (populariti) Oyen hari ini,” katanya sambil menunjukkan situasi Alif sedang bergambar dengan haiwan comel tersebut.
Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan perkara tersebut selain menyifatkan haiwan comel itu lebih popular berbanding penyanyi berkenaan.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…