fbpx
King oyen kalahkan populariti Alif Satar

King Oyen Jadi Perhatian Ramai, Kalahkan Populariti Alif Satar [Video]

Turut kelihatan ahli politik, Mukhriz Mahathir tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama King Oyen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@drhannan/video/7201706358188657947

Aktiviti berbasikal pada masa kini sudah mula menjadi kegemaran orang ramai, malah hampir setiap minggu pasti ada sahaja beberapa kumpulan yang dilihat membuat kayuhan bersama rakan-rakan mereka.

Bukan hanya orang awam, aktiviti ini juga turut diminati di kalangan selebriti dan juga ahli politik seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khairy Jamaluddin, Alif Satar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta ramai lagi.

Kucing curi perhatian hingga kalahkan populariti Alif Satar

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Dr Hannan iaitu pengasas kepada Hannan Mediaspa yang menunjukkan situasi di mana seekor kucing berjaya mencuri perhatian ramai sehingga membuatkan ramai yang ingin bergambar dengannya.

Menerusi video tersebut, kelihatan Dr Hannan bersama penyanyi terkenal Alif Satar sedang berehat di tepi bahu jalan sambil menjerit memanggil orang ramai yang lalu lalang untuk mengambil gambar bersama penghibur tersebut.

“Siapa nak ambil gambar dengan Alif? Alif Satar ada dekat sini,” katanya sambil bergurau dan menunjukkan reaksi penyanyi itu yang memerhatikan gelagatnya.

Tidak lama kemudian ramai yang datang ke arah Alif untuk mengambil gambar bersama sehingga dia tidak sempat untuk berehat.

Mukhriz Mahathir tak lepas peluang rakam gambar kenangan bersama Oyen

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila munculnya si Oyen yang sedang duduk dalam sebuah bakul basikal bersama dengan pakaian yang stail seperti topi, baju dan spek kaca hitamnya.

Perkara itu telah membuatkan ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan Oyen atau dikenali sebagai King Oyen termasuklah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan juga Alif Satar.

“Alif pun nak tumpang glamour (populariti) Oyen hari ini,” katanya sambil menunjukkan situasi Alif sedang bergambar dengan haiwan comel tersebut.

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan perkara tersebut selain menyifatkan haiwan comel itu lebih popular berbanding penyanyi berkenaan.

“lagi win Oyen”

“Antara Oyen dengan Alif Satar. Oyen lagi famous nampaknya”

“Dari video ni kita nampak famous macam mana pun kita masih tak boleh kalahkan Oyen”

“Oyen ni juara AJL (Anugerah Juara lagu) mana ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.