fbpx
Now Reading
DJ Ismahalil Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Edar Dadah

DJ Ismahalil Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Edar Dadah

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ishmahalil, 49, di akhir kes.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (27 Feb) mengarahkan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah untuk membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis (ganja), dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ishmahalil, 49, di akhir kes.

“Pihak pendakwaan mengemukakan keterangan boleh dipercayai bagi membuktikan elemen kesalahan dalam pertuduhan.

“Penilaian maksimum sudah dibuat berdasarkan keterangan saksi pendakwaan. Tiada percanggahan dalam kenyataan dibuat mereka.

“Isu dibangkitkan peguam bela tertuduh pula tiada merit dan tiada sebarang isu mengenai identiti dadah. Sekarang beban terletak pada tertuduh untuk mematahkan anggapan dalam pertuduhan terbabit,” kata Muhammad Jamil.

Jelas beliau, mahkamah mendapati 22 peket dadah yang ditemui dalam bilik tertuduh, berada dalam kawalan dan jagaannya.

Semasa serbuan di bilik itu, tertuduh sendiri mengambil beg, yang mengandungi dadah dari lantai dan memberinya kepada pegawai polis selepas ditanya sama ada terdapat barang salah. Kelakuan tertuduh yang mengambil sendiri beg itu dan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan menunjukkan tertuduh mengetahui kewujudan dadah tersebut,”

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin

Beliau dalam masa sama turut memberi tiga pilihan kepada tertuduh berhubung keterangan yang bakal diambil iaitu:

  1. Memberikan keterangan bersumpah dalam kandang tertuduh yang mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas keterangan.
  2. Memberi keterangan dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan pendakwaan tidak boleh menyoal balas keterangan, ATAU
  3. Berdiam diri tanpa menjawab tuduhan.

Ismahalil kemudiannya memilih pilihan pertama.

Dalam pada itu peguam bela, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili tertuduh menawarkan lima saksi termasuk anak guam dalam prosiding bela diri.

Beliau turut mencadangkan prosiding itu dilangsungkan pada 30 dan 31 Mei ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad tidak membantah cadangan tersebut sebelum hakim bersetuju dengan tarikh yang dikemukakan.

Memetik Kosmo, Ismahalil dilihat menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, sebaik Hakim mengeluarkan arahan tersebut.

Sebagai rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada 27 Ogos 2021, sekitar jam 5.35 petang.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.