“Penuh Satu Bonet” – Pemandu e-Hailing Didakwa Minta Penumpang Bayar Extra Caj Untuk Barangan Yang Dibawa [Video]
Pemandu e-Hailing terbabit mendakwa barangan yang dibawa oleh pelanggannya itu terlalu banyak menyebabkan cas tambahan harus dikenakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pemandu e-hailing didakwa mengambil kesempatan dengan mengenakan caj extra kepada penumpangnya yang membawa barangan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @_zynbl, wanita itu meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana dikenakan caj tambahan sebanyak RM5.
“Dari Target (pasar raya) ke rumah aku 3 minit je. Caj Grab harga RM6 lepastu ada penambahan RM5 kena bagi ‘by hand’ atas sebab bawa barang-barang yang dibeli.
“First time seumur hidup kena macam ni tau, padahal bukan suruh dia yang tolong bawa barang-barang tu sampai depan pintu rumah,” luah wanita itu.
Grab untuk manusia ke untuk barang?
Ketika dia bertanya mengapa harus dikenakan caj tersebut, pemandu terbabit membalas dengan menyoalkan kembali sama ada perkhidmatan yang ditempahnya itu untuk manusia atau barangan.
“Grab untuk manusia ke untuk barang-barang saya tanya kamu? Saya buat Grab ini bukan setahun dua tahun dik, dah lima tahun saya buat macam ni” balas pemandu wanita itu.
Malah dia menegaskan barangan yang dibawa oleh wanita itu penuh di dalam bonet keretanya.
Tak pernah kena caj extra barangan sepanjang menggunakan perkhidmatan Grab
Namun, pelanggan tersebut membalas dengan menyatakan dia tidak pernah dikenakan caj oleh pemandu yang lain sekiranya membawa apa-apa barangan bersamanya sebelum ini.
“Ikut awak lah nak bagi, bagi taknak bagi sudah. Next time kalau saya dapat job daripada awak, saya cancel je,” balas pemandu itu lagi.
Menerusi satu lagi hantaran video berasingan, pemilik video menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku kepada kakaknya yang bekerja berhampiran sebuah Pasaraya Target.
Ketika ingin pulang ke rumah, kakaknya itu singgah sebentar di pasaraya berkenaan untuk membeli barang keperluan rumah.
Sepatutnya caj perjalanan hanya RM6 namun harus membayar lebih lagi RM5 secara tunai
Jelasnya, bayaran yang sepatutnya dikenakan untuk perjalanan dari lokasi ke rumahnya hanya RM6 sahaja. Namun pemandu tersebut meminta caj tambahan sebanyak RM5 kerana mendakwa barangan yang dibawa dan dibeli oleh wanita itu terlalu banyak.
Grab peka terhadap isu tersebut dan akan menyiasat
Menerusi semakan kami di ruangan komen, syarikat Grab Malaysia dilihat cakna dengan isu tersebut dan memaklumkan akan menyiasat serta menghubungi wanita itu dalam jangka masa terdekat.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu e-hailing terbabit yang mengenakan caj lebihan sesuka hatinya.
Malah, segelintir netizen juga berkongsi pengalaman mereka yang turut lalui nasib yang sama seperti wanita tersebut.
Kami akan cuba menghubungi pihak Grab untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebarang info tambahan akan dikemaskini di dalam artikel yang sama.