fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Ayub Khan Tidak Miliki Akaun TikTok

Polis Sahkan Ayub Khan Tidak Miliki Akaun TikTok

Akaun berkenaan dipercayai menggunakan nama dan gambar Ayob Khan yang menyarung uniform polis untuk menarik pengikut di Tiktok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular di aplikasi TikTok sebuah akaun yang didakwa milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Kewujudan akaun TikTok dengan pengikut lebih 70,000 itu membuatkan segelintir orang percaya ia adalah akaun rasmi milik Ayob Khan.

Ini kerana ia memuat naik pelbagai foto dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform.

Bahkan pengendali akaun tersebut turut mengakui beliau adalah Ayob Khan dan masih belum mahir menggunakan aplikasi TikTok.

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan akaun TikTok dengan nama @datukayub8  itu merupakan milik pegawai kanan polis yang bakal dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu pada bulan April ini.

PDRM dalam kenyataan malam tadi (29 Mac) menegaskan akaun berkenaan adalah palsu. Ia dipercayai menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi tersebut.

“Awas! Untuk makluman ini adalah akaun palsu di aplikasi Tik Tok yang menggunakan nama dan gambar YDH CP Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih,” tulis kenyataan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.