Aksi Kanak-Kanak Sanggup Berhujan Demi Payungkan Ibu Sedang Solat Buat Ramai Terharu [Video]

Seorang anak yang soleh dan solehah pasti akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembirakan dan menyenangkan ibu bapanya.

Begitulah yang dilakukan seorang kanak-kanak ini apabila tular di media sosial video pengorbanannya yang sanggup kebasahan demi memberi keselesaan kepada ibunya yang sedang solat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @n0tyourhabibtii, kelihatan para jemaah wanita sedang solat berjemaah di kawasan terbuka sebuah masjid.

Bagaimanapun, keadaan hujan yang lebat menyebabkan rata-rata jemaah terpaksa meneruskan solat dalam keadaan yang basah.

Anak sanggup kebasahan demi payungkan ibu yang sedang solat ketika hujan

Namun apa yang mengharukan, apabila tindakan seorang anak ini sanggup kebasahan demi memayungi ibunya yang sedang solat.

Kanak-kanak lelaki yang berbaju hitam itu dilihat memegang payung berwarna merah sambil mengikuti setiap pergerakan solat ibunya demi memastikan wanita itu tidak basah kuyup dek hujan.

Berdasarkan kapsyen video, kejadian dipercayai berlaku ketika berlangsungnya majlis agama di sebuah masjid di Banjarmasin wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia.

Video tular berdurasi 29 saat itu mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan 12.9 juta dan meraih 2.4 juta tanda suka.

Ramai terharu dan puji tindakan kanak-kanak tersebut

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa terharu melihat pengorbanan kanak-kanak tersebut selain memuji tindakan murninya.

Selain itu, mereka juga memuji sikapnya yang begitu memberikan keutamaan pada ibunya tanpa menghiraukan keadaannya yang basah-kuyup.

“Dunia boleh sakit, tapi ibu jangan!”

“Dia tau cara dapat reda Allah SWT”

“Didikan ibu bapa yang perfect”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

16 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

16 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

17 hours ago