Aksi Kanak-Kanak Sanggup Berhujan Demi Payungkan Ibu Sedang Solat Buat Ramai Terharu [Video]
Kanak-kanak lelaki yang berbaju hitam itu dilihat memegang payung berwarna merah sambil mengikuti setiap pergerakkan solat ibunya demi memastikan wanita itu tidak kebasahan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seorang anak yang soleh dan solehah pasti akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembirakan dan menyenangkan ibu bapanya.
Begitulah yang dilakukan seorang kanak-kanak ini apabila tular di media sosial video pengorbanannya yang sanggup kebasahan demi memberi keselesaan kepada ibunya yang sedang solat.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @n0tyourhabibtii, kelihatan para jemaah wanita sedang solat berjemaah di kawasan terbuka sebuah masjid.
Bagaimanapun, keadaan hujan yang lebat menyebabkan rata-rata jemaah terpaksa meneruskan solat dalam keadaan yang basah.
Anak sanggup kebasahan demi payungkan ibu yang sedang solat ketika hujan
Namun apa yang mengharukan, apabila tindakan seorang anak ini sanggup kebasahan demi memayungi ibunya yang sedang solat.
Kanak-kanak lelaki yang berbaju hitam itu dilihat memegang payung berwarna merah sambil mengikuti setiap pergerakan solat ibunya demi memastikan wanita itu tidak basah kuyup dek hujan.
Berdasarkan kapsyen video, kejadian dipercayai berlaku ketika berlangsungnya majlis agama di sebuah masjid di Banjarmasin wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia.