Wanita Miliki Bibir Terbesar Di Dunia Akui Sukar Cari Pasangan Hidup

Seorang wanita yang memilik bibir terbesar di dunia mengakui sukar untuk dirinya mencari cinta sejati sehingga sanggup menyertai rancangan realiti dalam mencari pasangan.

Menurut Indian Times, wanita yang dikenali sebagai Andrea Emilova Ivanova dari Sofia, Bulgaria itu difahamkan telah berbelanja £20,000 (RM109,622) untuk menjalani 43 pembedahan bibir.

Selain itu, Andrea turut mendakwa dia sudah berbelanja sebanyak £1,600 (RM8,770) untuk mendapatkan empat suntikan asid hyaluronic di tulang pipinya.

Tak suka penampilan yang bosan dan biasa-biasa

Andrea berkata dia seorang wanita yang tidak suka akan penampilan yang membosankan dan terlalu biasa selain mempunyai minat terhadap bentuk yang besar dan kecantikan yang pelik, lapor DailyMail.

“Kecantikan semula jadi membosankan, jadi saya mengubah penampilan saya secara radikal.  Saya nak tengok diri saya dengan perubahan drastik sebelum dan selepas.

“Banyak lagi perubahan yang saya akan lakukan kerana saya belum selesai mengubah diri saya,” kata Andrea.

Ramai pengikut di media sosial hubunginya untuk mengajak keluar

Selain itu, dia juga berasa ‘hebat’ apabila ramai pengikut lelaki di media sosial telah menghubunginya untuk mengajaknya keluar atau menawarkan wang dan percutian ke pelbagai negara.

“Ia membuatkan saya rasa gembira kerana ada orang yang menyukai saya dan mahu berteman dan perhatian saya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, kebanyakan lelaki tersebut hanya meminati dirinya kerana bibirnya yang besar sahaja.

Masih ada lelaki yang tidak suka, sifatkan dia sebagai pelik dan gila

Andrea turut mengakui bahawa segelintir lelaki juga tidak menyukai dirinya dan menyifatkan dia sebagai pelik dan gila hingga sukar mencari cinta sejati dalam hidupnya.

Dia berasa sangat gembira sekiranya bertemu pasangan hidup meskipun tidak mengetahui bila dia akan temuinya, kata Andrea lagi.

Sertai rancangan realiti TV untuk cari pasangan

Andrea yang mengambil langkah untuk menyertai satu rancangan realiti TV, The Bachelor telah bersedia untuk menangung risiko bagi menemui lelaki impiannya meskipun tidak meletakkan jangkaan yang besar.

“Saya tidak pasti sama ada dia menyukai lelaki seperti saya dengan ‘kecantikan buatan’, tidak mengapa jika ‘The Bachelor’ lebih suka wanita yang cantik semula jadi,” ujarnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

5 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

6 hours ago