fbpx

“Pembedahan Plastik Untuk Cantikkan Kulit Hingga Ubah Ciptaan Allah SWT Adalah Haram” – Mufti Pulau Pinang

Menurut Mufti Pulau Pinang, perbuatan sedemikian dilarang keras oleh syarak dan semata-mata mengikut hasutan iblis seperti yang dinyatakan dalam ayat 119 surah al-Nisa’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di zaman kini, pelbagai cara yang boleh digunakan seseorang itu untuk kelihatan lebih cantik, kacak dan sempurna bentuk wajah.

Tidak hanya dengan menggunakan ‘makeup’, malah melakukan pembedahan plastik pada bahagian muka juga kini umpama suatu trend yang banyak dilakuan oleh orang ramai.

Trend ubah bentuk wajah dan buat pembedahan plastik haram di sisi Islam

Susulan itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor menegaskan trend mengubah bentuk wajah dengan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, kelopak mata, bibir termasuk mendapatkan suntukan pemutihan kulit adalah haram di sisi Islam.

Gambar sekadar hiasan (Kredit: Pexels)

Menurut Kosmo, Wan Salim berkata perkara tersebut termasuk dalam tindakan yang mengikut hawa nafsu dan bukannya sesuatu keperluan.

Semata-mata ikut hasutan iblis seperti difahamkan dalam ayat 119 surah al-Nisa’

Jelasnya, perbuatan sedemikian dilarang keras oleh syarak dan semata-mata mengikut hasutan iblis seperti yang dinyatakan dalam ayat 119 surah al-Nisa’.

“Perhimpunan Fiqh (Majma’ Fiqh) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi menyatakan haram melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan diri sehingga mengubah ciptaan Allah.

“Selain itu, mengubah rupa bentuk wajah secara keterlaluan seperti membesar atau mengecilkan hidung, bibir, mulut, memperluas pelupuk mata, me­raut bulu kening dan sebagainya dianggap sebagai sejenis penipuan,” katanya.

Suntik bagi dapat kulit putih juga dikira ubah ciptaan Allah S.W.T

Menurutnya lagi, suntikan bagi mendapatkan kulit wajah dan badan yang putih juga dikira mengubah ciptaan Allah S.W.T kecuali memakai bedak dan sebagainya.

Berkongsi lanjut, Wan Salim berkata ada pembedahan dibenarkan seperti membuang lebihan daging pada muka atau tahu lalat yang menyebabkan seseorang itu malu apabila harus berdepan dengan orang ramai.

“Jika membuat pe­ngubahan kecil seperti meluruskan bulu kening atau membuang jerawat atau jeragat di muka, tidak dilarang dalam agama.”

Muft Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim

Dulu hanya golongan kayangan, sekarang orang biasa pun boleh buat

Jika dahulu, pembedahan plastik untuk menukar bentuk wajah hanya boleh dilakukan oleh golongan tertentu sahaja kerana harganya yang mahal, namun kini orang biasa juga sudah mampu menabung untuk melakukan pembedahan ini.

Adalah lebih baik kita bersederhana dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan daripada Allah S.W.T kepada diri kita.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.