“Hanya Tingkap Dibuka” – Ibu Bapa Didakwa Tinggal Anak Kecil Dalam Kereta Untuk Pergi Open House, Siap Matikan Enjin

Pada waktu ini, Malaysia sedang mengalami cuaca panas melampau dan kering yang boleh menyebabkan berlakunya strok haba kepada manusia.

Lebih membimbangkan, sudah terdapat beberapa kes kematian di negara ini yang berpunca akibat daripada strok haba sejak beberapa minggu lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 2 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Strok Haba, Ini Punca & Langkah Mencegah Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Ibu bapa tergamak tinggal anak kecil dalam kereta kerana pergi beraya

Pun begitu, baru-baru ini tular pula seorang wanita yang mendakwa sepasang suami isteri tergamak meninggalkan anak kembar mereka yang masih kecil di dalam kereta kerana menghadiri rumah terbuka.

Menerusi hantaran di laman Facebook akaun Nana Nandos, wanita terbabit berkata pada awalnya dia terdengar tangisan kanak-kanak yang sedang dalam ketakutan di dalam sebuah kereta.

Kereta dikunci dengan enjin mati, hanya tingkap dibuka sedikit

Setelah diselidik, ternyata suara itu dari dua anak kecil yang dipercayai kembar sedang kepanasan di dalam kereta berkenaan.

Tambahnya kereta itu juga dalam keadaan berkunci selain enjin tidak dihidupkan sebaliknya hanya tingkap yang dibuka sedikit.

Tunggu 30 minit sebelum ibu bapa kembali

Wanita tersebut kemudiannya memberikan kanak-kanak perempuan itu air kotak untuk diminum sementara menunggu kehadiran ibu bapanya.

Setelah hampir 30 minit, akhirnya kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu kembali ke kereta.

“Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tangkap dibuka sedikit.

“Terdengar tangisan budak dari dalam kereta, anak kembar dalam keadaan takut dan menangis. Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk ibu bapanya kembali,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rupanya atok dan nenek pun ikut beraya sekali, cucu bagi biar dalam kereta

Menurut wanita itu, apa yang memeranjatkannya adalah pasangan suami isteri itu tidak hanya pergi beraya berdua, malah atok dan nenek kepada kanak-kanak terbabit juga ikut bersama.

Namun mereka tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya hanya tersenyum malah si ibu kelihatan seperti biasa seolah-olah tindakannya adalah normal.

“Eh.. parents dengan atuk nenek sekali laaa pegi beraya, cucu (pula) dalam kereta.

“Dapat lah angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja dari parents. Mak dia buat bodoh sahaja, muka tak bersalah,” tambahnya lagi

Di akhir perkongsian, wanita tersebut memaklumkan dia tidak membuat sebarang laporan polis. Sebaliknya dia menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengutamakan anak yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Ramai kecam tindakan ibu bapa tinggal anak dalam kereta

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri terbabit yang jelas satu pengabaian terhadap kanak-kanak.

Malah, mereka berpendapat ia satu perbuatan kurang bijak dan tidak berfikir panjang memandangkan seluruh negara ketika ini sedang berdepan musim panas melampau yang bukan sahaja berbahaya malah boleh mengakibatkan kematian.

Kredit gambar : Facebook/Nana Nandos

Recent Posts

  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

4 mins ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

13 mins ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

16 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

17 hours ago