
Guru Kecewa Aduan Tidak Dilayan, Dakwa Siling Kuarters Guru Di N9 Dipenuhi Najis Burung & Busuk
Beliau turut memanjat sendiri syiling kuarters berkenaan bagi mengambil gambar dan video untuk ditunjukkan kepada pihak berkenaan agar baik pulih dapat dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap 16 Mei kita akan menyambut Hari Guru di seluruh negara.
Sambutan ini bertujuan untuk menghargai usaha mereka yang bertungkus-lumus mendidik anak negara agar menjadi individu yang berjaya di masa depan.
Oleh itu, setiap tahun kebanyakan sekolah tidak melepaskan peluang untuk meraikan para pendidik.
Individu luah rasa kecewa dakwa aduan mengenai masalah di kuarters guru tidak dilayan
Namun sedikit berbeza dengan seorang guru ini apabila meluahkan rasa kecewa pada hari istimewa berkenaan di media sosial, selepas aduannya tentang masalah penempatan atau kuarters guru yang dipenuhi najis burung tidak dilayan.
Menerusi luahan yang dikongsikan oleh @TheTehOriginal atau mesra dikenali sebagai Cikgu Teh, dia mendakwa sudah penat membuat aduan berhubung najis burung yang banyak di bahagian siling sebuah kuarters guru di Negeri Sembilan.
Tetapi jawapan yang diterima dari aduan yang dibuat adalah ketiadaan bajet untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Letih dah buat aduan tapi jawapan yang dapat tak ada bajet. Balik tadi aku buka pintu rumah rasa pening gila dengan bau dalam rumah.
“Aku memang tak tahan dah. Terus pinjam lampu picit pengawal keselamatan dan panjat siling kuarters,” ciapnya.
Terima alasan tiada bajet dari pihak berkenaan untuk baik pulih
Menurut lelaki itu, majikannya juga telah banyak membantu agar aduan untuk membaik pulih kuarters bekenaan dapat dilakukan namun mereka masih menerima alasan yang sama dari pihak berkenaan.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mengambil sendiri gambar dan juga video di bahagian siling terbabit untuk ditunjukkan kepada pihak berkenaan.
“Tak guna sekadar kumpul aduan tapi tak melawat kawasan. Setiap kali aduan tidak ada pihak yang turun melihat dengan mata kasar.
“Sekurang-kurangnya kalau dia datang boleh dia nikmati bau-bau ‘wangi’ (busuk) yang aku hadap setiap hari,” dakwanya lagi.
Bos aku pun banyak bantu aku buat rayuan segerakan baik pulih siling kuarters ni tapi alasan pihak sana sama juga. So aku decide panjat ambik video/gambar bahagian atas siling rumah. Biar mereka melihat w/pun tak merasainya. Tak guna sekadar kumpul aduan tapi tak melwat kawasan.
— The Teh Original (@TheTehOriginal) May 15, 2023
Najis burung boleh bahayakan kesihatan
Lelaki itu turut menunjukkan beberapa keratan akhbar yang menyatakan najis burung boleh mengundang bahaya kepada kesihatan manusia.
“Ni sebahagian keratan akhbar kesan najis burung merpati. Mungkin nak tunggu ada kes dulu baru bertindak,” katanya lagi.
Ni sebahagian keratan akhbar kesan najis burung merpati. Mungkin nak tunggu ada kes dulu baru bertindak. pic.twitter.com/rA533kM4wZ
— The Teh Original (@TheTehOriginal) May 15, 2023
Di dalam gambar yang dikongsikan lelaki tersebut, selain najis burung turut kelihatan banyak serangga lipas dan bulu burung di atas siling berkenaan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan masalah tersebut bahaya kepada kesihatan selain turut berasa geli melihat gambar yang dikongsikan itu.
Letih kalau dgr alasan tak ada peruntukan ni. Mmg betul tak ada atau mcm mana. Sama lah mcm guru ganti cuti bersalin. Alasan pun tiada peruntukan. Sampaikan cikgu yg cuti bersalin tu rasa bersalah tinggalkan kelas😑
— Sapura Mahmood (@SapuraMahmood09) May 15, 2023
Iyaa sebab tu nak sangat baik pulih secepat mungkin.
— The Teh Original (@TheTehOriginal) May 15, 2023
Mungkin selori kot😉
— The Teh Original (@TheTehOriginal) May 15, 2023
Lipas tu mmg betul, semut lgi berlambak, bnyk bocor sne sini, kita pun dok kuarters, bru je betuikan sndiri tangki bocor, setahun lalu ade je bos n penyelia dtg tgk umh, tpi smpi skng hampeh xde pun setelkan. Malas nk ckp banyak, sakit hati je. Mohon bro mudah urusan
— Supergirl (@_gustiputri) May 15, 2023
kuarters guru ke, ingatkan rumah kongsi tadi sebab teruk sangat macam mana lah awak sekeluarga boleh tanggung bau busuk macam tu kena hadap hari2 😓 ke nak tunggu masuk dalam aduan rakyat baru lah ada pihak nak bertindak
— Mat Piah (@___JetLag___) May 15, 2023