Selepas 28 Tahun Terpisah, Akhirnya Lelaki Ini Bertemu Semula Dengan Ibu Kandungnya [Video]

Terpisah daripada insan yang bergelar ibu atau bapa merupakan satu perkara yang memeritkan buat seorang anak.

Apatah lagi apabila anak itu terpaksa membesar tanpa insan istimewa tersebut berada di sisi mereka.

Oleh itu, apabila sudah dewasa pasti ada segelintir daripada mereka yang mengorak langkah untuk mencari insan tersayang ini agar mereka dapat bersatu semula.

28 tahun terpisah, lelaki akhirnya jumpa ibu semula

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila dia berjaya menemui ibu kandungnya di Thailand selepas 28 tahun terpisah.

Menerusi video dikongsikan oleh Marwan Hariri, dia menunjukkan saat indah apabila insan istimewa itu sudah menunggu kehadirannya sebaik sahaja anaknya itu sampai di hadapan rumah.

Belum lagi sempat keluar dari kereta, Marwan menurunkan tingkap untuk menyapa ibunya.

Wanita berkenaan lalu memegang tangan, mencium dan memeluk anaknya seperti melepaskan rindu yang sudah lama ditahannya.

Ibu menangis peluk anak lelaki

Malah turut kelihatan ibu lelaki tersebut menangis ketika memeluk Marwan.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, Marwan lalu turun dan membawa anak dan isterinya untuk diperkenalkan kepada ibu tersayang.

Dia juga turut berkesempatan berjumpa dengan adik perempuannya serta sanak saudara yang lain.

“Adik kandung sudah ada 4 orang anak.. kali terakhir jumpa ketika umur adik 3 tahun,” katanya.

Ceritakan bagaimana boleh terpisah dengan ibu

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Marwan turut menceritakan bagaimanakah dia boleh terpisah dengan ibu kandungnya itu.

Menurutnya terdapat dua versi cerita dan berdasarkan apa yang diberitahu oleh keluarga belah bapanya, ibu telah pergi ke Thailand untuk melahirkan adik perempuan Marwan.

Sejak pada hari itu, ibunya tidak pulang ke Malaysia dan dia kemudian tinggal dan membesar di bawah jagaan bapa, atuk dan nenek.

@marwanhariri13

Video pertama dah kena removed n block🥲.. saya teruskn dengan video kedua, saya ceritakan dulu mcm mana saya boleh berpisah dengan syurga sayaa…. next video saya akan sambung cerita akhir mcm mana sya boleh jumpa mak sya balik🤲🏻🙏🏽.. harap dapat menjawab persoalan semua yg bertnya.. tpi sebab apa mak saya balik Thailand ada dua versi.. alasan yg diberi oleh famly ayah tak sama alsan yg diberi oleh mak.. tapi semua itu dah berlalu , sya redho dan terima semunya.. mungkin ada hikmah baik disebalik semua kejiadian ini… #semuamilikAllah❤️#part2#fypシ#iniceritakami#🇲🇾🇹🇭#kasihibuhinggakesyurga❤️❤️ #kasihayahtiadaganti

♬ original sound – Marwan Hariri – Marwan Hariri

Melihat di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan pertemuan tersebut.

Ada juga menyifatkan Marwan beruntung kerana masih berpeluang bertemu dengan ibu tercinta.

“Terpisah di dunia masih ada peluang untuk memeluk jasadnya. Apabila berpisah alam.. rindu tiada berpenghujung”

“Saya nangis”

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan”

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago