“Dari Hobi, Kini Certified Chef Pizza” – Jofliam Raih Tempat Ke-4 Dalam Pertandingan Pizza Di Itali [Video]

Hari demi hari, Malaysia semakin dikenali di persada antarabangsa dengan pelbagai pencapaian hasil usaha keras golongan muda di negara ini.

Sebelum ini, pereka kandungan digital, Sofyank mencuri perhatian selepas berkolaborasi bersama selebriti antarabangsa melalui video visual effects (VFX) serta pernah memenangi pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat sekaligus berjaya mengharumkan nama negara.

Selepas itu, influencer dan usahawan Khairul Aming pula berjaya mencipta nama dan menjadi bualan ramai apabila tular cef terkenal Gordon Ramsay yang memberi respon terhadap video masakannya.

Jofliam raih tempat ke-4 dalam pertandingan pizza di Itali

Terkini, giliran influencer dan usahawan Jofliam pula membanggakan negara apabila berjaya meraih tempat ke-4 dalam pertandingan memasak pizza di Tutto Pizza Expo di Itali.

Siapa sangka, dengan hanya bermula dengan hobi suka-suka yang dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, kini dia telah dinobatkan sebagai seorang cef Pizza bertauliah di Itali.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok isterinya @cikepal06, difahamkan pertandingan itu disertai oleh 50 pasukan dari seluruh Itali, AS dan satu pasukan mewakili Malaysia iaitu Jofliam Pizza Wagyu 150.

“Sangat susah orang Itali nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam. Terima Kasih Salva. 50 team dari seluruh Italy, Amerika Syarikat (AS) dan 1 team mewakili Malaysia.

“Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku tetap bangga je Jofliam bawak nama Malaysia,” tulisnya di ruangan kapsyen

Cef pizza terkenal di Itali juga mengenali Jofliam

Lebih membanggakan apabila isterinya mengatakan pembuat pizza yang terkenal di Itali juga mengenali suaminya yang popular dengan pizza wagyu.

@cikepal06

Sangat susah Italian 🇮🇹 nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Tq Salva🤗. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan 1 team mewakili Malaysia🇲🇾. Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo🍕. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef 😂. Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawak nama Malaysia 🇲🇾 dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy 🇮🇹 pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki👌🏻! Jangan give up! Fly high my husband Jofliam 😘. Awak tetap champion di hati saya🥰. Haderrrrr🤣. #jofliam #cikepal #cikepal06 #han #yuki #hanyuki #makajibycikepal #makajicikepal #makaji #jofliamcikepal #jofliamcikepal06 #jofliampizzawagyu #jofliamwagyupizza #jofliampizza

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Pergi bertanding dengan rela hati, sanggup tanggung kos sendiri

Sementara itu, Jofliam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pula menjelaskan bahawa dia sendiri rela hati untuk menyertai pertandingan tersebut serta sanggup menanggung segala kos semasa berada di sana.

“Saya merelakan diri, tiada siapa paksa. Kos semua dibiaya saya sendiri sejak mula sebab saya yang rela. Sangat susah untuk orang Italy nak mewakili bendera negara lain selain Italy sebab orang Italy tersangat lah bangga dengan Itali.”

Jofliam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berbangga dengan pencapiannya serta mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dikecapi di peringkat antarabangsa.

“Saya tumpang bangga”

“No.4 dari 50, absolutely fantastic”

“Serius rasa bangga dengan cik epal dan Jofliam”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

9 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

10 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

10 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

10 hours ago