Kecil Hati Dengan Suami, Wanita Jalan Kaki Dua Jam Sambil Dukung Anak Kecil Balik Rumah Emak

Lumrah pasangan suami isteri pasti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham dalam hubungan. Bak kata pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’.

Dalam kehidupan berumah tangga, suami isteri perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memahami agar hubungan yang dibina kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Namun, sikap pentingkan diri dan ego dalam diri sesetengah individu boleh menyebabkan hubungan yang dibina menjadi retak hingga akhirnya boleh membawa kepada penceraian.

Wanita Jalan Kaki Sambil Dukung Anak Kecil

Menerusi Tik Tok, seorang pengguna @noorjanahibrahim membuat satu hantaran video yang memaparkan seorang wanita berjalan kaki sambil mendukung anak yang masih kecil.

@noorjanahibrahim

:Allah terjumpa kakak ni otway dari kuantan ke jengka , masa ni dekat gambang , dia kata dah jalan kaki 2 jam dukung anak , masa offer dia naik , dia mmg tengah nagis, Dia xbanyak cakap terus terima pelawaan aku nak hantar dia . Sedihnye tgok anak dia masih kecil , dia orang asli , tapi ni kira asli moden , dia mana masuk hutan dah , so dia kta masa jalan takut jugak kiri kanan hutan xdek perumahan langsung. Aku xboleh weh tgok kalo ada anak2 kecik ni.😭

♬ bunyi asal – Noorjanah Ibrahim – Noorjanah Ibrahim

Menurut Jannah, dia terserempak dengan wanita itu di Gambang ketika dia dan keluarganya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Jengka.

Risau akan keselamatan wanita dan anaknya itu, Jannah meminta suaminya untuk berpatah balik dan menumpangkan wanita berkenaan.

Dah Jalan Kaki Selama Dua Jam, Seminggu Suami Dah Tak Peduli

Ketika menyapa wanita berkenaan, wanita itu dilihat sedang berjujuran air mata dan dia tidak menolak untuk menaiki kereta.

Wanita itu memaklumkan dia telah berjalan kaki selama 2 jam dipercayai hendak pulang ke rumah ibunya di Paya Bungor, Pahang.

“Masa ajak naik, dia tengah bercucuran air mata menangis. Dia tak menolak pun naik kereta sebab penat sangat. Rupanya dia dah jalan kaki dua jam menuju ke Paya Bungor,” kata Jannah.

Wanita itu nekad berjalan kaki untuk pulang ke rumah ibunya kerana suaminya dikatakan sudah seminggu tidak mempedulikannya.

“Saya cuma fikir dia dukung anak je. Saya tanya mana suami, dia kata dah seminggu suami tidak pedulikan dia. Jadi dia nekad balik rumah mak jalan kaki,” kata Jannah lagi.

Semakan kami di Google Maps mendapati jarak dari Gambang ke Paya Bungor, Pahang adalah sejauh 24 kilometer.

Foto: Google Maps

Setelah sampai ke destinasi, wanita itu hanya meminta Jannah menghantarnya sehingga ke simpang jalan sahaja.

Menerusi video berkenaan, Jannah turut dilihat memberi sumbangan bagi meringankan beban wanita berkenaan.

Rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu. Malah ada juga yang memuji tindakan Jannah dan mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukan Jannah terhadap wanita tersebut.

Foto: Tiktok @noorjanahibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Luluh Hati! Isteri Dalam Pantang, Suami Boleh Pula Kembali Bersama Ex Sampai Mengandung

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Buat Majlis Kesyukuran Demi Malukan Isteri Curang

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago