fbpx
Now Reading
Luluh Hati! Isteri Dalam Pantang, Suami Boleh Pula Kembali Bersama Ex Sampai Mengandung

Luluh Hati! Isteri Dalam Pantang, Suami Boleh Pula Kembali Bersama Ex Sampai Mengandung

Wanita itu berharap agar pengguna media sosial dapat mengajarnya cara untuk menyemak status perkahwinan suaminya bersama wanita terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pastinya mengimpikan hubungan rumah tangga yang berkekalan serta bahagia selalu. Namun malangnya ada yang ‘kecundang’ di tengah jalan gara-gara pasangan berlaku curang dan sebagainya.

Begitulah yang dilalui seorang isteri ini apabila dia meluahkan kisah rumah tangganya yang musnah kerana orang ketiga.

Suami get back dengan ex ketika isteri berpantang

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @twtmalaywedding, si suami bertindak kembali kepada bekas kekasihnya di saat si isteri sedang berpantang.

Perkongsian menerusi tangkap layar itu juga menceritakan wanita terbabit pernah menghubungi bekas kekasih suaminya untuk bertanya mengenai status hubungan mereka berdua.

Wanita nafi ada hubungan dengan suami orang

Bagaimanapun, perempuan tersebut menafikan telah kembali semula dengan suami wanita itu kerana sudah memilik teman lelaki tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

“Suami saya get back (kembali) balik dengan ex dia masa saya dalam pantang. Saya pernah text ex dia tapi ex dia kata dekat saya yang dia tak mahu getback balik dengan suami saya sebab dia dah ada teman lelaki. Tapi rupanya dia putus dengan kekasih dia dan getback dengan suami saya.”

Menurutnya lagi, dia sudah tiada perasaan dalam hubungan rumah tanggannya selain berputus asa untuk mempertahankannya.

Suami taknak ceraikan, alasan masih sayang

Pada masa sama, dia turut meminta suaminya untuk menceraikannya, namun lelaki itu enggan melepaskan dengan alasan masih menyayangi isterinya.

“Saya tak peduli dah, since saya dah berusaha pertahankan sampai saya dah takda rasa apa-apa. Saya mintak untuk dilepaskan tapi suami tak mahu dengan alasan masih sayang.

“Hati saya dah tiada rasa dan saya cuma go on sebab anak. Saya sudah tak kisah dan ambil peduli even satu dunia restu mereka berdua pun saya dah tak kisah langsung,” tulis wanita itu lagi.

Bekas kekasih suami mengandung

Apa yang mengejutkan, selang beberapa hari wanita itu turut menyatakan bahawa perempuan terbabit sedang hamil.

Tambahnya, dia berharap agar pengguna media sosial dapat mengajarnya cara untuk menyemak status perkahwinan suaminya bersama wanita terbabit.

Foto: Twitter/twtmalaywedding

“Perempuan itu tengah pregnant (mengandung). Jatuh terduduk bila tahu. Boleh awak tanya followers awak macam mana nak semak status perkahwinan.”

Dalam pada itu, wanita tersebut turut meminta agar orang ramai mendoakan dirinya kuat untuk menghadapi segala dugaan ini dan sentiasa dimurahkan rezeki.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.