fbpx
Now Reading
“Sendiri Buat, Sendiri Tak Ikut” – Ismail Sabri & KJ Teruk Dikecam Gara-Gara Naik MRT Tak Pakai Face Mask [Video]

“Sendiri Buat, Sendiri Tak Ikut” – Ismail Sabri & KJ Teruk Dikecam Gara-Gara Naik MRT Tak Pakai Face Mask [Video]

Walaupun KJ tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan, akan tetapi peraturan yang ditetapkan olehnya sebelum masih digunakan sehingga hari ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemakaian pelitup muka (face mask) kini bukan suatu kewajipan seperti dahulu ketika negara berhadapan dengan situasi covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kini rakyat Malaysia sudah bebas ke mana sahaja tanpa diwajibkan memakai face mask, kecuali ketika berada di fasiliti kesihatan dan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.

Kenyataan mengenai peraturan itu dikeluarkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ pada bulan September 2022.

Khairy Jamaluddin dan Ismail Sabri dikecam, tak pakai face mask dalam MRT

Bagaimanapun, baru-baru ini Khairy Jamaluddin dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob teruk dikecam selepas tular video mereka menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT) tanpa memakai face mask.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Twitter Ismail Sabri, kelihatan mereka berdua menaiki MRT di Stesen Bukit Bintang dan beramah mesra bersama orang ramai dan penumpang yang lain.

Walaupun Khairy Jamaluddin tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan, akan tetapi peraturan yang ditetapkan olehnya sebelum masih digunakan sehingga hari ini.

Netizen kecam bekas menteri tak patuh arahan

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam Ahli Parlimen Bera itu dan Khairy Jamaluddin kerana tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Tidak hanya itu, netizen juga menyifatkan perkara tersebut sebagai ‘double standard’ kerana individu yang mempunyai kuasa atau pengaruh yang kuat kerana tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Pakai pelitup muka di dalam bas dan tren adalah wajib

Sementara itu, dalam satu ciapan baru di laman Twitter rasmi @askrapidkl,perkhidmatan pengangkutan awam itu menegaskan bahawa memakai pelitup muka di dalam tren dan bas adalah wajib.

“Ingat! Anda wajib memakai pelitup muka ketika menaiki tren dan juga bas. Sama-sama kita mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi ketika menggunakan pengangkutan awam.”

Twitter/askrapidkl
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.