Stand up comedy atau disebut sebagai ‘komedi berdiri’ merupakan satu komedi yang dipersembahkan secara langsung kepada penonton dari atas pentas oleh individu yang menggelarkan diri mereka sebagai pelawak.
Kebiasaannya, bahan lawak yang digunakan oleh pelawak stand up komedi adalah bersifat bebas namun tidak menyentuh sensitiviti seseorang atau sesebuah negara.
Walaubagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang pelawak stand up komedi yang berasal dari Singapura ini.
Menerusi Twitter, bekas Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) Kudsia Kahar telah berkongsi satu video memaparkan seorang pelawak komedi dari Singapura, Jocelyn Chia sedang membuat persembahan di hadapan penonton.
Namun, apa yang mengejutkan adalah kandungan lawaknya yang menjadikan negara Malaysia dan tragedi MH370 sebagai bahan lawak.
Kudsia Kahar yang merupakan penyokong industri komedi berdiri menganggap Jocelyn adalah keterlaluan kerana menjadikan tragedi dan kematian seseorang sebagai bahan lawak.
Segalanya bermula apabila Jocelyn bertanya kepada seorang penonton dari manakah dia berasal.
Apabila penonton berkenaan menjawab berasal dari Malaysia, Jocelyn terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada penonton itu.
“F*ck you, a**holes!,” katanya.
Dia turut mengejek Malaysia yang masih memegang status negara membangun berbanding Singapura yang telah menjadi sebuah negara maju.
Malah, dalam lawaknya itu, Jocelyn turut mempersoalkan tindakan Malaysia yang mahu ‘berbaik’ semula dengan Singapura setelah 40 tahun berpisah.
Tambah dia lagi, Malaysia tidak melawat Singapura kerana kapal terbang Malaysia tidak boleh terbang, malah dia menganggap kehilangan sebuah kapal terbang Malaysia sebagai bahan lawak.
“Malaysian Airlines going missing not funny hah? Some jokes don’t land,” katanya.
Tindakannya itu ditegur oleh seorang individu dalam video tersebut yang mengingatkan Jocelyn akan menerima ulasan buruk akibat daripada kandungan lawaknya ini.
Namun, dia mengatakan ulasan buruk itu hanya datang daripada orang Malaysia, namun dia tidak risau kerana menganggap Malaysia tiada internet.
Rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelawak wanita itu. Malah, majoriti netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kudsia Kahar bahawa tragedi MH370 dan kematian seseorang tidak patut dijadikan bahan lawak.
Baca Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam Kerana Hina Atlet Badminton Negara & Guna Ayat Rasis, Lelaki Ini Tampil Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Padah Ugut Bunuh Agong & Hina Institusi Diraja, Lelaki Direman 3 Hari
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…