Perniagaan merujuk kepada kegiatan yang dilakukan untuk menjual barang atau menyediakan servis kepada pelanggan bagi tujuan memperoleh keuntungan.
Bagi memperolehi keuntungan yang maksimum, pelbagai cara dan strategi yang digunakan oleh peniaga bagi menarik pelanggan untuk membeli produknya.
Baru-baru ini, tular di Tik Tok, kelihatan seorang peniaga kedai makan menggunakan air botol Evian bagi membancuh air balang jualannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @diyanaburhan, penggunaan air Evian itu adalah bersempena pengenalan jualan air balang di kedai makan yang terletak di Medan Selera Ikan Bakar, Saujana Utama Sungai Buloh.
Namun, rata-rata netizen mendakwa pengunaan air Evian itu hanya wayang. Kebanyakannya mendakwa peniaga tersebut menggunakan air Coway atau air paip apabila membancuh air balang itu di belakang kamera.
Menyangkal dakwaan yang dibuat oleh netizen, menerusi video kedua yang dimuat naik melalui akaun Tik Tok yang sama, peniaga itu membuktikan bahawa apa yang dikomen oleh netizen adalah tidak benar.
Memetik mStar, peniaga yang dikenali sebagai Muhammad Fahmi Mohd Rahani memaklumkan dia menggunakan air Evian sebagai promosi kepada pengenalan produk terbarunya.
“Saya buka kedai ikan bakar sejak tiga tahun lepas. Terbaharu, saya tertarik tengok satu jenama air balang. Jadi, saya sertai jenama itu untuk membolehkan saya jual air balang mereka di kedai saya. Baru saja mula tiga hari lepas,” katanya.
Tambah fahmi lagi, air Evian itu dibekalkan oleh pemilik jenama air balang berkenaan.
Menurutnya, pemilik air balang itu meminta agar dia menggunakan air jenama Evian bagi balang pertama dan sempena hari pertama pengenalan produk sahaja.
Namun, akibat kecaman hebat yang diterima dari netizen, Fahmi meneruskan penggunaan air Evian selama tiga hari. Dia kemudiannya akan menggantikan air Evian dengan air Spritzer untuk hari yang seterusnya.
Menurut Fahmi, dia dan isterinya tidak kecil hati dengan komen netizen. Malah, dia melihat perkara itu dari sudut yang positif.
Dengan setiap kecaman dan komen yang diberikan, dia berazam untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya pada masa akan datang.
“Walaupun perit, kita kena sabar. Kita jual makanan dan minuman. Kita kena servis orang. Kena perbaiki mutu setiap hari,” ujarnya.
Selama tiga hari pengenalan, Fahmi berjaya menjual sehingga 450 bungkus air balang dengan harga RM10 sebungkus.
Selain daripada kedai makan dan air balang, kedainya yang terletak di Medan Selera Ikan Bakar, Saujana Utama Sungai Buloh itu turut menempatkan tujuh vendor lain yang menawarkan lebih 20 menu istimewa buat pelanggan.
Baca Artikel Berkaitan:
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…