fbpx
Now Reading
MINILAND Amazing Malaysia Akan Jadi Tarikan Terbaharu Di LEGOLAND

MINILAND Amazing Malaysia Akan Jadi Tarikan Terbaharu Di LEGOLAND

Antara struktur binaan yang akan dipamerkan bagi MINILAND Amazing Malaysia adalah Bunga raya, Jambatan Pulau Pinang, Masjid Bandaraya serta banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan negara yang dikenali dengan kepelbagaian budaya, tradisi dan juga berbilang bangsa.

Penyatuan semua bangsa dengan membawa budaya masing-masing menjadikan negara ini unik dan sering menjadi perhatian pelancong untuk dikunjungi.

MINILAND Amazing Malaysia tunjuk kepelbagaian Malaysia

Hari ini (14 Jun), LEGOLAND Malaysia Resort telah menunjukkan pratonton struktur model LEGO baharu yang akan memaparkan landskap, seni bina serta budaya yang indah dari timur hingga ke Semenanjung Malaysia.

Model ini yang diberi nama Amazing Malaysia bakal mewakili kepelbagaian identiti negara kita dalam taman MINILAND.

MINILAND Amazing Malaysia ini akan diletakkan di dalam Taman Tema LEGOLAND berkemungkinan dilancarkan pada Ogos tahun ini.

Pelbagai bangunan unik daripada pelbagai negeri

Foto: Afifa / BuzzKini

Menerusi paparan 3D awal MINILAND Amazing Malaysia, tetamu boleh menjangkakan pengalaman unik di tapak warisan yang bakal dibina dengan suasana serta budaya di beberapa negeri seperti Kota Bharu, Kelantan, melihat landskap yang cantik di Mulu Caves, Sarawak serta kesibukan bandar Georgetown, Pulau Pinang.

MINILAND Amazing Malaysia akan memberikan pengalaman interaktif kepada pengunjung sepanjang 381m2 (meter persegi). Ia juga menjanjikan cerita yang menarik dan budaya unik Malaysia dalam satu kawasan.

Dunia Amazing Malaysia ini akan membuatkan pengunjung teringat kembali nostalgia seperti menyaksikan persembahan pentas di Jonker Walk, sesi teh tarik di mamak sehingga lewat malam, bermain sepak takraw bersama jiran tertangga.

“Di Malaysia, kami mempunyai begitu banyak destinasi indah yang dipenuhi dengan seni bina, landskap budaya dan juga sejarah yang luar biasa- menjadikan pilihan yang jelas apabila kami ingin memberikan MINILAND kawasan baharu yang akan membuatkan pengunjung berasa WOW.

“Ia menerusi pengalaman mereka dalam MINILAND Amazing Malaysia di mana tetamu akan dapat merasai destinasi Malaysia hanya pada satu hentian iaitu di LEGOLAND Malaysia Resort.

“Kami berharap selepas lawatan ke Amazing Malaysia, tetamu akan mendapat inspirasi untuk merancang pengembaraan Malaysia yang seterusnya, di mana ia akan membantu meningkatkan industri pelancongan untuk memberi manfaat kepada ekonomi dan juga rakyat,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.

Pratonton MINILAND Amazing Malaysia ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Merlin Entertainments, LEGOLAND Malaysia Scott O’Neil yang memaklumkan bahawa kawasan baharu tersebut dijadualkan siap dipasang dalam masa dua bulan dan dijangka mengambil masa selama 14,000 ribu jam untuk dibina.

Amazing Malaysia akan dibina dengan 1.38 juta LEGO Bricks dan menampilkan sebanyak 126 model LEGO terbina pada skala yang dibahagikan kepada Malaysia Timur, Barat serta Laut China Selatan.

Pengalaman di taman MINILAND yang lebih menarik

Dalam pada itu, bagi pengunjung yang merancang untuk melawat LEGOLAND Malaysia Resort masih berpeluang untuk singgah ke MINILAND bagi melihat stuktur bangunan lima tingkat baharu yang berbumbung meliputi seluruh kawasan.

Beberapa binaan bangunan ikonik yang bakal menjadi sebahagian daripada Amazing Malaysia turut dipertontonkan antaranya Muzium Seni dan Dataran Rehal di Kelantan.

Foto: Muzium Seni di Kelatan (Afifa/ BuzzKini)
Foto: Dataran Rehal di Kelantan (Afifa /BuzzKini)
Foto: Wayang kulit di Kelantan (Afifa/BuzzKini)

Gambar yang ditunjukkan di bawah merupakan antara LEGO yang bakal dibina seperti Jambatan Pulau Pinang, Masjid Bandaraya Sabah, Bunga Raya serta banyak lagi.

Foto: Afifa/BuzzKini

Selain itu para tetamu boleh menikmati pengalaman menarik yang lebih selesa ketika berinteraksi dengan karya-karya LEGO yang dibina dengan lebih 30 juta LEGO bricks yang memaparkan tarikan terkenal dari 17 negara Asia.

Lawatan mengelilingi Malaysia anda bermula di LEGOLAND Malaysia dengan pas tahunan. Nantikan pengumuman baharu dari LEGOLAND Malaysia Resort di laman rasmi LEGOLAND, Facebook, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.