fbpx
Now Reading
[Review] Kami Cuba Jadi Agent 007 Macam James Bond Di Breakout Spy Game

[Review] Kami Cuba Jadi Agent 007 Macam James Bond Di Breakout Spy Game

Baru kami faham, tak mudah rupanya untuk menjadi seorang perisik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita semua pasti pernah menonton filem perisik seperti ‘James Bond’, ‘Johny English’, ‘No Time To Die’ dan ‘Spectre’ di kaca televisyen atau telefon pintar, bahkan sejak kecil lagi ramai yang pernah menonton anime terkenal seperti ‘Detective Conan’.

Jadi tidak mustahil jika suatu ketika dahulu kita semua pernah mengimpikan untuk menjadi seorang perisik sama seperti watak yang ditonton di dalam filem mahupun anime.


Boleh jadi perisik dengan bermain Spy Game

Sekarang semua orang dah boleh merealisasikan impian itu dengan hanya bermain permainan risikan, Spy Game by Breakout bersama rakan-rakan atau keluarga.

Spy Game ini menggabungkan kedua-dua elemen aktiviti fizikal dan deria serta beberapa cabaran teka-teki untuk menguji sama ada korang mampu menjadi seorang pengintip atau tidak.

Foto: BuzzKini/Afifah

Baru-baru ini, team BuzzKini diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi seorang perisik secara berkumpulan untuk menyelesaikan misi yang telah diberikan.

Untuk pengetahuan korang, permainan Spy Game ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 7 pemain. Apa yang korang perlu lakukan adalah buat apa sahaja perkara tanpa ‘tertangkap’ oleh penjaga di dalam misi tersebut.

Foto: BuzzKini/Afifah

Walau bagaimanapun, akan ada beberapa peraturan yang perlu diikuti sebelum memasuki permainan ini. Tapi jangan risau, ‘Agent K’ akan memberitahu anda dengan lebih jelas apakah peraturan yang dimaksudkan itu. Paling penting, jangan sentuh sesiapa sahaja yang muncul ketika sedang menyelesaikan misi itu ya!

Berikut kami kongsikan sedikit pengalaman kami bermain permainan ini sebagai rujukan untuk korang semua.


Pengalaman team BuzzKini ketika bermain SpyGame

Bagi yang tidak gemar akan kegelapan, kami merasa SpyGame ini merupakan satu perkara yang sangat mencabar. Ini kerana, ia diselubungi dengan perasaan takut namun pada masa sama mahukan kemenangan buat pasukan.

Foto: BuzzKini/Siti Murni

Malah ia juga turut mencabar diri agar keluar dari zon selesa dan perlu mengatur langkah yang bijak dalam menyusun strategi untuk meloloskan diri daripada tertangkap.

“Masa mula-mula masuk tu gelap sangat kita orang takut nak buat apa-apa. Tapi pekerja kat sana ada bagi tips, jangan duduk diam, terus je pergi! Jadi kita orang pun cepat-cepat mulakan ‘misi’ tu. Bila penjahat tu sedar, kita orang terus bertempiaran menyorok. Tapi sebab team kita orang ramai, berebut juga nak cari tempat menyorok. Jadi sebenarnya lebih bagus kalau pergi dalam team yang kecil.”

Team BuzzKini

Selain daripada menyorok, pemain juga boleh memilih untuk menyamar sebagai salah seorang daripada penjahat. Baju untuk samaran mungkin sedikit tersorok di dalam salah satu bilik, jadi kena cari betul-betul. Yang bestnya, sewaktu menyamar tu korang boleh ‘berlakon’ dan berpura-pura menjadi sebahagian daripada penjahat sebenar supaya tak ‘kantoi’.

“Puzzle yang terdapat dalam Spy Game memang menarik dan mencabar minda. Pastikan anda mendengar dan baca satu persatu arahan yang diberikan. Kita orang sebenarnya kalah sebab terlepas maklumat yang sangat penting pada awal-awal misi bermula.”

Team BuzzKini

Kalau korang nak tahu, permainan ini juga menguji minda kami untuk berfikir secara cepat dalam mencari jawapan daripada setiap ‘clue’ yang diberikan.

Foto: BuzzKini/Siti Murni

Pada masa yang sama, kami juga berpendapat bahawa permainan Spy Game ini mementingkan kerjasama antara pasukan dalam menyelesaikan setiap tugasan.

Di samping itu, permainan ini juga memerlukan daya fokus yang tinggi meliputi daya pendengaran dan penglihatan.

Walau bagaimanapun, sepanjang ‘misi’ ini berlangsung, terdapat beberapa insiden yang mencuit hati yang membuatkan ia menjadi kenangan yang manis untuk diingati.

Secara keseluruhannya, kami sangat seronok bermain SpyGame ini, jadi korang semua patut cuba juga, memang best beb!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tekan link di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.