fbpx
Now Reading
Superdough Mahu Beri Pengalaman Unik & Tak Dilupakan Pengunjung HauntU, Spy Game Serta Breakout

Superdough Mahu Beri Pengalaman Unik & Tak Dilupakan Pengunjung HauntU, Spy Game Serta Breakout

Menurut Johnny dan Kelly setiap permainan mempunyai konsep dan penceritaan tersendiri malah ia juga turut dilengkapi dengan beberapa teknologi terkini yang akan memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, team BuzzKini telah diberi peluang untuk merasai pengalaman menarik bermain di Spy Game by Breakout dan juga HauntU yang terletak di Lembah Klang.

Permainan di bawah jenama Superdough ini membenarkan kami untuk merasai perasaan menjadi pemain watak dalam sesebuah ‘cerita’ sebagai contoh menjadi perisik bagi permain Spy Game.

Malah setiap aktiviti atau permainan yang diadakan itu mempunyai tema serta jalan cerita yang berbeza.

Pengasas kongsi bagaimana boleh mula perniagaan Superdough

Sewaktu kunjungan kami ke sana, kami juga sempat berbual mesra dengan pengasas Superdough iaitu Johny Ong dan Kelly Low untuk mengetahui rahsia bagaimana mereka boleh tampil dengan idea menarik seperti permainan ‘escape game’ ini.

Menurut Johnny semua bermula ketika dia dihantar ke China oleh syarikat lama dan rakan sekerja kemudian mencadangkan dirinya untuk mencuba permainan seperti ‘escape game’.

Kata Johnny ia satu pengalaman yang menarik dan membuatkan dia dan isteri iaitu Kelly ingin melakukan permainan yang sama di Malaysia.

Kewujudan permainan sebegini memberi pilihan kepada masyarakat dalam melakukan aktiviti menarik bersama rakan atau keluarga selain menonton wayang dan makan bersama.

Oleh itu, mereka membina Superdough di mana di bawahnya terdapat permainan seperti Breakout, HauntU dan juga Spy Game.

Nak pengunjung rasa keunikan dalam permainan ini

Mereka memilih menjenamakan permainan itu sebagai Superdough kerana ia memberi maksud ‘doh’ tepung yang boleh diubah bersesuaian dengan perubahan yang bakal mereka bawa di dalam perniagaan tersebut.

Menurut pengasas Superdough itu lagi, perniagaan ini dipilih kerana mahukan pengunjung yang hadir melakukan aktiviti tersebut untuk tidak melupakan pengalaman yang unik dan tidak boleh dimiliki dalam kehidupan harian.

Bersyukur kerana mempunyai pasukan yang bekerjasama dan komited

Ketika disoal apakah reaksi yang diterima oleh mereka ketika melakukan perniagaan ini, ujarnya mereka bertuah kerana memiliki pasukan yang sentiasa berkerjasama selain turut mempunyai matlamat dan visi yang kukuh dalam menjalankan perniagaan itu.

Malah turut meletakkan usaha yang keras dalam pemasaran untuk membina produk dan jenama mereka dan bersyukur akhirnya ia mendapat respon yang sangat baik apabila dilancarkan.

Jelasnya, ketika pandemik Covid-19 melanda meskipun sukar namun mereka berjaya menemui alternatif lain untuk memastikan mereka sentiasa berorperasi apabila mengadakan permainan ‘escape’ secara atas talian dan ia mendapat sambutan yang baik.

“Tidak ada seorang staf pun yang diberhentikan malah kami mencari alternatif lain seperti permainan ‘escape game’ atas talian. Pada tahun 2022, kami menubuhkan Spy Game yang mengabungkan antara HauntU dan Breakout di mana ia berorentasikan aksi selain mengimbau kenangan ketika kanak-kanak.

“Manakala pada tahun ini kami membuka Akademi Seri Panggung yang membawa jalan cerita tempatan dari negeri Kelantan dan Johor iaitu berkonsep Mak Yong serta Kuda Kepang,” ujarnya.

Perbezaan Superdough dengan ‘escape game’ lain adalah jalan ceritanya

Usahawan itu dalam masa sama, turut mengulas tentang perbezaan mereka dengan permainan (escape room) lain di mana mereka mempunyai penceritaan tersendiri yang menjadikannya lain dari pada lain.

Bahkan permainan di bawah Superdough turut dilengkapi dengan peralatan teknologi yang canggih.

“Pengalaman sebagai seorang jurutera teknikal sebelum ini membolehkan saya untuk melakukan perkara itu meskipun banyak benda baharu yang perlu dipelajari.

“Akhir sekali adalah khidmat pelanggan, ini kerana kami sangat mementingkan aspek tersebut ini kerana kami mahu pelanggan merasakan keseronokan yang dicipta,” kata Johnny.

Apa yang lebih meyakinkan setiap permainan termasuklah hiasan dalam permainan ini telah dipertimbangkan keselamatannya agar ia tidak mengundang bahaya kepada para pemain.

Namun mereka juga turut meletakkan beberapa ketetapan yang perlu diterangkan kepada pengunjung agar mereka tidak melakukan sebarang perkara di luar kawalan.

Miliki francais di dalam dan luar negara

Permainan yang menarik serta menguji perasaan takut dan mencabar minda sudah tentunya menjadi kegemaran kebanyakan masyarakat dan pengunjung sehingga membolehkan pasangan suami isteri ini turut membuka cawangan lain bagi perniagaan mereka di dalam serta luar negara.

Antara cawangan mereka yang berada di luar negara adalah Abu Dhabi, Korea Selatan, Canada serta Amerika Syarikat. Manakala bagi pasaran di Malaysia mereka mempunyai cawangan di The Curve (Damansara), The Shore (Melaka), The Linc KL, NU Sentral dan juga Avenue K.

Superdough dalam masa sama turut memaklumkan mempunyai perancangan untuk membuka francais lebih banyak lagi seperti di Penang dan Johor.

Untuk yang berminat untuk merasai pengalaman unik dan menarik yang disediakan oleh team superdough anda boleh melayari laman sesawang mereka di sini untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut.

Kami pasti momen bermain bersama rakan mahupun keluarga tercinta akan menjadi detik yang sangat indah untuk diingati sampai bila-bila.

Baca artikel berkaitan: [Review] Kami Cuba Jadi Agent 007 Macam James Bond Di Breakout Spy Game

Baca artikel berkaitan: [Review] Fuh Seram Habis! Kami Cuba Selesaikan Misi Dalam Sebuah Hotel Di Hauntu Yang Berhantu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.