Jijik! Doktor Letak Air Mani Dalam Kopi Seorang Wanita, Dakwa Tidak Sengaja Alami Ejakulasi

Seorang pengamal perubatan di United Kingdom semalam (15 Jun) telah didapati bersalah kerana meletakkan air mani ke dalam kopi seorang wanita.

Malah, hakim yang mengendalikan kes ini turut menganggap kes Nicholas Chapman yang merupakan seorang doktor sebagai ‘kes yang luar biasa’.

Letak Air Mani Dalam Minuman, Wanita Pelik Kopi Rasa ‘Masin’

Chapman yang berusia 55 tahun didakwa meletakkan sampel air mani ke dalam minuman mangsanya selama beberapa tahun di beberapa lokasi.

Semasa sesi perbicaraan, seorang mangsa mendakwa air kopi yang diminum mempunyai rasa masin selepas tegukan yang pertama.

Pelik dengan rasa tersebut, mangsa bertindak membuang air kopi berkenaan. Malah, penemuan seterusnya amat mengejutkan apabila dia terjumpa ‘benda aneh’ yang tebal di dalam cawan kopi yang diminum olehnya.

Curiga dengan penemuan tersebut, persoalan mangsa akhirnya terjawab apabila dia terjumpa koleksi ‘bekas spesimen’ yang didakwa milik doktor tersebut.

Dia kemudian bertindak mengambil sampel spesimen itu dan membawanya kepada pihak polis untuk tujuan pengesahan.

Hasil ujian tersebut nyata menunjukkan ia adalah air mani milik Chapman.

Anggap Penemuan Air Kopi Sebagai Gurauan Yang Tidak Menjadi, Ejakulasi Bukan Untuk Kepuasan Diri

Semasa bukti dikemukakan ketika sesi perbicaraan, Chapman mendakwa dia hanya bermasturbasi bukan untuk memuaskan dirinya.

Malah, dia menganggap penemuan air mani dalam minuman hanya sekadar gurauan yang tidak menjadi.

“Saya tak tahu kenapa dia berbuat begitu kepada sampel saya, saya tak tahu bila dan kenapa,” katanya.

Dia mendakwa air mani yang dikumpulnya adalah sebagai bahan untuk ujian bagi penyakit yang dialaminya sejak umur 16 tahun.

Dia dikatakan mengalami ejakulasi secara tidak sengaja setiap kali membuang air besar. Namun, tiada bukti perubatan yang menyokong kenyataannya itu.

Menurutnya, dia merahsiakan penyakit yang dihidapi sejak tahun 2013 dan ejakulasi yang dialaminya bukan untuk kepuasan namun ia sesuatu yang menyakitkan.

“Pengamal perubatan selalunya teruk bila menguruskan diri sendiri,” katanya kepada mahkamah apabila hakim menyoal sebab dia tidak mendapatkan rawatan berkaitan penyakit yang dialaminya.

Malah, dia juga menganggap kes ini sebagai satu kemalangan dan hanya untuk memalukan dirinya.

Chapman sebelum ini pernah disabitkan tidak bersalah oleh Hakim Mahkamah Gloucester Crown semasa pertuduhan kedua bagi kesalahan yang sama pada 12 September 2020 hingga 12 September 2021

Namun, hasil ujian yang dijalankan pada 13 September 2021 terhadap air kopi itu mendapati DNA air mani itu sepadan dengan Chapman.

Keputusan mahkamah itu kemudiannya ditangguh sehingga 6 Julai dan Chapman dibebaskan dengan jaminan bersyarat.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

47 mins ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

54 mins ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

18 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

19 hours ago