Sayur Sawi merupakan antara sayur-sayuran yang mudah untuk didapati dan senang dimasak untuk pelbagai jenis masakan.
Selain itu, sayur ini tidak hanya memberi khasiat kepada orang dewasa, ia juga sangat sesuai buat golongan kanak-kanak.
Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Mazliana Mazlan berkongsi bahawa sayur sawi ini juga perlu dimakan oleh kanak-kanak kerana ia baik demi kesihatan kulit.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Mazliana menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak-anak memakan sayur sawi seawall umur enam tahun.
“Kisar buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh. Dulu saya suka buat bubur baby, letak daging dan sawi je, gula garam takde pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.”
Selain itu, Dr Mazliana turut berkongsi khasiat yang terkandung di dalam sayur sawi seperti Kalsium, Iron, Magnesium, Fosfurus dan Zink.
Malah, sayur sawi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
Jelas beliau lagi, sayur ini juga sesuai untuk anak eczema makan kerana tinggi dengan antioksida dan bersifat antiradang.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa dalam menentukan jenis sayur yang paling berkhasiat untuk dimakan anak-anak.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…