fbpx
Now Reading
Sayur Sawi Perlu Ada Di Rumah Sekurangnya Seminggu Sekali. Doktor Ini Huraikan Manfaatnya

Sayur Sawi Perlu Ada Di Rumah Sekurangnya Seminggu Sekali. Doktor Ini Huraikan Manfaatnya

Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Mazliana Mazlan, sayur sawi ini perlu dimakan oleh kanak-kanak kerana ia baik untuk kesihatan kulit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sayur Sawi merupakan antara sayur-sayuran yang mudah untuk didapati dan senang dimasak untuk pelbagai jenis masakan.

Selain itu, sayur ini tidak hanya memberi khasiat kepada orang dewasa, ia juga sangat sesuai buat golongan kanak-kanak.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Mazliana Mazlan berkongsi bahawa sayur sawi ini juga perlu dimakan oleh kanak-kanak kerana ia baik demi kesihatan kulit.

Doktor sarankan ibu bapa kenalkan sayur sawi pada anak-anak seawal 6 tahun

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Mazliana menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak-anak memakan sayur sawi seawall umur enam tahun.

“Kisar buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh. Dulu saya suka buat bubur baby, letak daging dan sawi je, gula garam takde pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.”

Kandungan khasiat dalam sayur sawi

Selain itu, Dr Mazliana turut berkongsi khasiat yang terkandung di dalam sayur sawi seperti Kalsium, Iron, Magnesium, Fosfurus dan Zink.

Malah, sayur sawi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C yang baik untuk kesihatan.

Susuai untuk anak eczema, tinggi dengan antioksida dan bersifat antiradang

Jelas beliau lagi, sayur ini juga sesuai untuk anak eczema makan kerana tinggi dengan antioksida dan bersifat antiradang.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa dalam menentukan jenis sayur yang paling berkhasiat untuk dimakan anak-anak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.