fbpx
Now Reading
Kapal Selam Titan Disahkan Meletup Berdekatan Bangkai Titanic, Semua Penumpang Maut

Kapal Selam Titan Disahkan Meletup Berdekatan Bangkai Titanic, Semua Penumpang Maut

Jurucakap OceanGate berkata, pihak syarikat itu juga bersedih atas kehilangan nyawa kesemua mangsa di dalam kapal selam tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kesemua lima individu berada di dalam kapal selam yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic telah meninggal dunia selepas kapal digelar Titan itu mengelami ‘letupan bencana’ di laut dalam.

Pengumuman menyedihkan itu sekaligus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) multinational sejak kapal ekspedisi dasar laut itu hilang di Atlantik Utara pada Ahad lalu (18 Jun).

Terdapat serpihan kapal selam pada jarak 500 meter dari bangkai Titanic

Menurut Laksamana Muda John Mauger, beliau memberitahu wartawan di Boston bahawa analisis menunjukkan terdapat serpihan yang ditemui pada dasar laut dengan jarak 1,600 kaki (500 meter) dari Titanic, adalah konsisten dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.

“Bagi pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat dan seluruh perintah bersatu, saya mengucapkan takziah kepada keluarga,” kata Mauger.

Kesemua mangsa yang berada di dalam kapal selam itu ialah Billionaire British, Hamish Harding, pakar kapal selam Perancis, Paul-Henri Nargeolet, taikum Pakistan-British, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman dan Ketua Pegawai Eksekutif pengendali kapal selam OceanGate Expeditions, Stockton Rush.

Sementara itu, jurucakap OceanGate berkata, pihak syarikat itu juga bersedih atas kehilangan nyawa kesemua mangsa di dalam kapal selam tersebut.

OceanGate hargai seluruh organisasi yang telah membantu dalam misi SAR

Syarikat itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh organisasi yang telah bertungkus lumus membantu dalam misi SAR kapal selam tersebut.

Semalam (22 Jun), Pengawal Pantai AS mengumumkan bahawa robot bawah air menemui ‘medan serpihan’ di kawasan pencarian yang kemudiannya disahkan sebagai serpihan kapal selam Titan.

Untuk info, OceanGate Expeditions merupakan sebuah syarikat yang menawarkan ekspedisi selama lapan hari untuk menerokai bangkai Titanic dengan kos sebanyak $250,000 (RM1.16 juta) bagi setiap orang.

Kapal selam Titan terputus hubungan selepas 1 jam 45 minit menyelam pada pagi Ahad lalu

Terdahulu, media melaporkan sebuah kapal selam dalam ekspedisi pelancongan untuk menerokai bangkai kapal Titanic dilaporkan hilang di Atlantik Utara, Kanada.

Difahamkan, kapal induk Polar Prince yang melancarkan pelepasan kapal selam itu telah terputus hubungan kira-kira selepas satu jam 45 minit ia menyelam pada pagi Ahad lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.