fbpx
Now Reading
Kapal Selam Bawa Pelancong Teroka Bangkai Titanic Hilang Sejak Ahad, Baki Oksigen Hanya Tinggal 70 Jam

Kapal Selam Bawa Pelancong Teroka Bangkai Titanic Hilang Sejak Ahad, Baki Oksigen Hanya Tinggal 70 Jam

Difahamkan, kapal Polar Prince yang menyokong kapal selam itu telah terputus hubungan kira-kira selepas satu jam 45 minit ia menyelam pada pagi Ahad lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Ahad lalu (18 Jun), sebuah kapal selam dalam ekspedisi pelancongan untuk menerokai bangkai kapal Titanic dilaporkan hilang di Kanada.

Berita tentang kehilangan kapal selam itu disahkan sendiri oleh syarikat swasta, OceanGate Expeditions yang mengendalikan kapal itu.

Gerakkan semua pilihan untuk bawa pulang penumpang dan anak kapal dengan selamat

Menerusi satu ciapan di laman Twitter rasminya semalam (19 Jun), syarikat itu berkata mereka semua pilihan telah digerakkan demi membawa pulang anak kapal dan penumpang dengan selamat.

Selain itu, kapal selam itu juga dipercayai membawa lima orang iaitu dua krew kapal dan tiga penumpang ternama.

Bilioner British dan penyelam ternama Perancis dikhuatiri berada dalam kapal selam itu

Seorang bilioner daripada British, Hamish Harding, dan penyelam ternama Perancis, Paul-Henri Nargeolet dikhuatiri berada di dalam kapal selam itu, lapor Independent.

Sementara itu, Pengawal Pantai Amerika Syarikat Laksamana Muda John Mauger berkata, pihaknya menjangkakan kapal itu masih memiliki bekalan oksigen untuk bertahan dalam tempoh 70 hingga 90 jam.

Menurut pihak berkuasa tempatan pula, difahamkan, kapal Polar Prince yang menyokong kapal selam itu telah terputus hubungan kira-kira selepas satu jam 45 minit ia menyelam pada pagi Ahad lalu.

difahamkan, kapal Polar Prince yang menyokong kapal selam itu telah terputus hubungan kira-kira selepas satu jam 45 minit ia menyelam pada pagi Ahad lalu.

Tawar ekspedisi teroka bangkai Titanic dengan kos RM1.16 juta seorang

Untuk info, OceanGate Expeditions merupakan sebuah syarikat yang menawarkan ekspedisi selama lapan hari untuk menerokai bangkai Titanic dengan kos sebanyak $250,000 (RM1.16 juta) bagi setiap orang.

Terdahulu, CEO syarikat terbabit yang dikenali sebagai Stockton Rush menggambarkan kapal selam itu sebagai ‘amat kukuh’, beliau juga dipercayai berada di dalam kapal berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.