fbpx
Now Reading
Influencer Didakwa Miliki Beberapa Akaun Twitter Palsu, Netizen Gunakan Affiliate Link Sebagai Bukti

Influencer Didakwa Miliki Beberapa Akaun Twitter Palsu, Netizen Gunakan Affiliate Link Sebagai Bukti

Seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa beberapa akaun palsu dengan jumlah pengikut yang banyak itu mempunyai nombor ID Affiliate yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang pencipta kandungan atau pempengaruh (influencer) bukannya mudah meskipun kerjaya tersebut dilihat menyeronokan dan mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Bagi yang memilik banyak pengikut, cara terbaik untuk menjana pendapatan sampingan adalah dengan mempromosikan atau mengiklankan produk yang dijual di dalam aplikasi beli belah dalam talian melalui program Affiliate.

Affiliate ini merupakan salah satu teknik memasar dan mengiklankan produk di internet dengan menjadi orang tengah (agen) dalam mempromosikan produk orang lain dengan menggunakan link khusus.

Dengan link tersebut, agen yang terlibat akan mendapat komisen jika seseorang membeli produk tersebut melalui mereka.

Influencer didakwa memiliki beberapa akaun Twitter palsu

Pun begitu, baru-baru ini seorang influencer terkenal didakwa memiliki beberapa akaun Twitter palsu dengan jumlah pengikut yang banyak.

Pendedahan itu mula dilakukan apabila seorang pengguna Twitter @rinmansor, bertanya mengenai beberapa akaun yang kelihatan sama dari segi stailnya dengan akaun influencer itu.

“Tumpang tanya, ini semua akaun Abudi Alsagoff punya ke? Nampak style semua sama, tweet bahasa kesat dan suka menempel reply dalam segala isu rumah tangga,” tulisnya.

Beberapa akaun Twitter guna nombor ID Affiliate yang sama

Seorang pengguna Twitter @pickyhn kemudiannya menjawab soalan tersebut dan mendakwa bahawa beberapa akaun itu semangnya daripada influencer yang sama.

Menurutnya, dia berjaya membuktikan perkara itu melalui link Affiliate sebuah plaftorm beli belah online yang sebelum ini sering disertakan dalam ciapan akaun-akaun terlibat.

Menurutnya, kesemua akaun itu didapati menggunakan nombor ID Affiliate yang sama iaitu 12358270001.

Pendedahan itu sekaligus mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam pempengaruh terbabit kerana sanggup menggunakan beberapa akaun palsu dalam mempromosikan link affiliate miliknya.

Malah ada juga yang terkejut apabila akaun-akaun terbabit juga merupakan akaun berbayar dan verified.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga dilihat tidak senang dengan tweet yang dilakukan oleh pempengaruh terbabit selain ada yang berasa jengkel dengan lambakan link Affiliate yang dimasukan dalam ciapan- ciapan yang dibuatnya serta akaun terlibat.

Ada yang guna link affiliate berbeza

Beberapa tangkap layar yang dikongsikan netizen di Twitter kemudiannya membuktikan dakwaan tersebut.

Semakan kami turut menemui beberapa ID sama seperti yang dikongsikan pengguna Twitter.

Pun begitu ada segelintir produk yang menggunakan ID Affiliate berbeza dari yang dikongsikan netizen sebelum ini.

Tidak kurang juga ada produk dengan ID Affiliate yang sama namun sudah pun tidak lagi dipasarkan di laman Shopee.

Kami sudah cuba menghubungi influencer terbabit dan semua pemilik akaun Twitter yang dikaitkan dengannya.

Namun setakat artikel ini ditulis, kami belum mendapat sebarang respon penjelasan berhubung apa yang terjadi.

Kami akan mengemaskini artikel ini sebaik mendapat respon daripada mana-mana mereka.

Berikut antara komen yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.