fbpx
Now Reading
Kencing Tikus Juga Boleh Berpunca Dari Tin Minuman

Kencing Tikus Juga Boleh Berpunca Dari Tin Minuman

Antara simptom jangkitan kencing tikus adalah demam panas, mata merah, pening kepala, sakit otot, cirit-birit dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Leptospirosis atau kencing tikus merupakan sejenis penyakit yang berlaku akibat daripada jangkitan bakteria Leptospira.

Namun, tidak seperti nama ‘Melayunya’ bakteria ini turut berpunca daripada haiwan berjangkit lain selain tikus antaranya seperti kucing, anjing, kambing dan lembu.

Lazimnya, penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia terutama selepas hujan lebat atau banjir atau melalui air sungai yang tercemar.

Tidak Hanya Berpunca Dari Aktiviti Air, Boleh Juga Datang Dari Kedai Makan & Tin Makanan

Menerusi perkongsian di akaun Twitter @pedoqpop, pemilik akaun berkenaan membuat satu hantaran berhubung punca penyakit kencing tikus.

Menerusi hantaran tersebut, terdapat persoalan adakah penyakit kencing tikus boleh berpunca daripada kedai makan. Menurutnya, yang biasa didengar adalah penyakit ini berpunca daripada aktiviti air.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman dan menyatakan bahawa penyakit ini boleh juga datang daripada tin yang dijual di kedai khususnya tin minuman atau makanan yang disimpan dalam stor.

Lazimnya, tin minuman atau makanan berkemungkinan pernah dilalui atau terkena kencing haiwan seperti tikus.

Menerusi semakan kami, minuman tin dan bungkusan makanan juga boleh menyebabkan jangkitan.

Bagaimana ini berlaku?

Menurut laporan mStar pada 2011 yang memetik Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Chong Chee Kheong, ianya boleh berlaku jika orang ramai meminum terus dari minuman tin.

Ini kerana air kencing tikus yang kering mungkin terdapat pada bahagian atas tin minuman. Jadi bagi mengelakkan perkara ini, beliau menyarankan orang ramai agar membersih dahulu tin minuman sebelum minum.

Berdasarkan portal MyHealth, Leptospirosis juga boleh menjangkiti manusia melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Berikut antara komen netizen:

Bos Aku Duduk ICU, Suspek Utama: Air Tin Minum Beli Dekat Kedai

Adik Aku Beli Air Tin Dekat Airport, Malam Esok Mula Demam, Doktor Kata Kena Kencing Tikus

Tikus Boleh Kencing Atas Packaging Makanan & Atas Tin Air Minum

Doktor Cakap Paling Senang Nak Dapat Kencing Tikus Bila Minum Air Tin

Antara Simptom Kencing Tikus

Untuk info, antara simptom awal jangkitan kencing tikus yang boleh dikesan adalah:

  • Demam panas
  • Mata merah
  • Pening kepala
  • Rasa sejuk, menggigil
  • Sakit otot
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Jaundis
  • Naik ruam pada badan

Bagi anda yang mengalami simptom di atas, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan.

Ini kerana sekiranya keadaan menjadi serius, penyakit ini boleh memberi kesan antaranya seperti kegagalan hati dan kerosakan buah pinggang, malah yang lebih teruk, boleh membawa maut.

Baca Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Najis Tikus & Lipas Dijumpai, Kedai Makan Diarah Tutup 14 Hari

Baca Artikel Berkaitan: Tular Tikus ‘Ratah’ Ayam Goreng Di Kedai Mamak, KKM Minta Salurkan Maklumat Untuk Diambil Tindakan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.