fbpx
Now Reading
Dua Individu Pecah Masuk & Curi Tabung Restoran, Rupanya Aksi Sempat Dirakam CCTV [Video]

Dua Individu Pecah Masuk & Curi Tabung Restoran, Rupanya Aksi Sempat Dirakam CCTV [Video]

PDRM mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kes melibatkan dua individu pecah masuk ke restoran daripada pemilik premis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan mencuri atau memecah masuk ke sebuah premis merupakan satu kesalahan jenayah.

Meskipun telah banyak kes yang dilaporkan dan ada yang sudah dikenakan tindakan, namun ia belum cukup untuk memberikan pengajaran kepada geng-geng pecah masuk premis ini.

Dua individu pecah masuk restoran

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan dua lelaki telah bertindak memecah masuk ke sebuah restoran di Beaufort, Sabah dengan membawa lari dua tabung dari premis berkenaan.

Namun kegiatan tidak bertanggungjawab dua individu itu kantoi apabila ia sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kedai berkenaan.

Menerusi rakaman CCTV yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook, dipercayai pemilik restoran memaklumkan sedang mencari dua individu berkenaan.

Selongkar restoran sebelum keluar bawa dua tabung

Dalam video itu, kelihatan dua individu itu pada awalnya telah menyelongkar barangan di dalam kedai tersebut.

Tidak lama selepas itu, kelihatan salah seorang daripadanya telah keluar daripada kawasan memasak dengan membawa dua barangan dipercayai tabung yang mengandungi duit.

Mereka kemudian berlalu pergi sambil membawa tabung berkenaan keluar daripada premis terbabit.

Di ruang kapsyen, pemilik itu turut mendakwa terdapat dua barangan yang hilang daripada restorannya iaitu tabung persendirian milik restoran dan juga tabung madrasah.

Polis sahkan belum terima laporan dari pemilik restoran

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah memaklumkan bahawa polis masih belum mendapat sebarang laporan berhubung kejadian terbabit dari pemilik restoran tersebut.

Jelasnya, setakat ini belum ada laporan polis mengenai kes yang berlaku pada malam 10 Julai itu dilaporkan.

“Hasil semakan setakat ini belum ada laporan polis dibuat. Bagaimanapun pegawai sudah ke lokasi kejadian dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

Melihat di ruangan balas, orang ramai turut meminta agar kejadian pecah masuk itu dilaporkan kepada pihak polis agar cap jari boleh diambil untuk mengesan pelakunya.

“Lapor di balai bang. banyak cap jari dia orang tu”

“Tabung duit madrasah dan kedai hilang”

“Gila ini orang berani betul, semoga cepat jumpa dan tangkap”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.