fbpx
Now Reading
Pasangan Suami Isteri Dipercayai Curi Wang Dari Tabung Masjid Di Alor Setar [Video]

Pasangan Suami Isteri Dipercayai Curi Wang Dari Tabung Masjid Di Alor Setar [Video]

Menurut AJK masjid, Mat Khair Ishak kesemua pintu masuk dalam masjid tidak dikunci bagi memudahkan masyarakat untuk beribadah atau menggunakan tandas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap masjid mahupun surau pasti mempunyai tabung yang diletakkan di sekitar kawasan masjid.

Oleh itu, orang ramai yang berkunjung ke rumah Allah SWT itu bolehlah meletakkan wang di dalam tabung tersebut sebagai sedekah atau apa-apa sahaja yang diniatkan oleh mereka.

Wang itu kebiasaanya akan digunakan oleh pihak masjid atau surau untuk menyelenggara fasiliti rumah ibadah atau disalurkan kepada yang memerlukan.

Suami isteri tunggang motosikal dipercayai curi duit tabung

Namun baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan dua individu yang menunggang motosikal telah masuk ke dalam sebuah masjid di Kedah dipercayai untuk mencuri wang dari tabung.

Menerusi video rakaman CCTV yang dikongsikan oleh laman kumpulan Penduduk Guar Chempedak di Facebook, insiden tersebut dipercayai berlaku di Masjid A’ala, Kampung Benua, Simpang Ampat, Alor Setar pada Rabu (6 September).

Di awal rakaman tersebut kelihatan pasangan berkenaan yang menunggang motosikal masuk ke perkarangan masjid sebelum meletakkan motosikal mereka di kawasan parkir.

Rakaman kemudian menunjukkan wanita berkenaan masuk ke dalam masjid sebelum diikuti oleh suaminya. Namun suaminya masuk sambil membawa satu peti dipercayai tabung masjid tersebut.

Berjaya buka sebelum masukkan tangan ke dalam tabung

Si isteri kemudian segera mendekati tabung berkenaan sebelum mereka berjaya membukanya.
Sebaik sahaja tabung dapat dibuka wanita itu memasukkan tangan ke dalam tabung tersebut seperti sedang mengambil sesuatu dipercayai duit.

Perbuatan pasangan itu dipercayai dilakukan sekitar jam 12.15 tengah hari.

Pintu masjid tak dikunci untuk mudahkan orang ramai menggunakan fasiliti disediakan

Memetik laporan Kosmo, Ahli Jawatankuasa Kariah masjid iaitu Mat Khair Ishak menjelaskan kesemua pintu yang menjadi laluan masuk tidak pernah dikunci.

Ini kerana, ia adalah bagi memudahkan masyarakat masuk untuk beribadah atau menggunakan kemudahan yang dimiliki masjid terbabit.

“Orang ramai bebas masuk untuk beribadah atau menggunakan kemudahan seperti tandas kerana lokasi masjid kami terletak di tepi jalan utama Alor Setar-Sungai Petani.

“Namun kekerapan kejadian curi duit tabung menyebabkan pihak pengurusan masjid mengutip semua wang di dalam tabung setiap hari untuk disimpan,” jelasnya.

Katanya lagi, perkara itu disedari apabila mendapati terdapat tabung masjid yang berubah kedudukan ketika dia hadir ke rumah ibadah itu bagi melakukan persiapan bagi menjalankan ibadah solat zuhur.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.