fbpx

“Siapa Suruh Naik Bro?” – Sam Bunkface ‘Sound’ Pemuda Naik Pentas Siap Rampas Mic Ketika Konsert [Video]

Tindakan lelaki itu juga telah mengganggu konsert tersebut apabila terpaksa dihentikan seketika sebelum disambung semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kumpulan punk rock Malaysia terkenal, Bunkface sememangnya antara band yang paling diminati ramai terutamanya generasi muda.

Setiap kali membuat persembahan, vokalis kumpulan itu, Sam, pasti akan menjemput seorang penonton untuk naik ke atas pentas dan bernyanyi bersamanya.

Jika sebelum ini tular di media sosial kehebatan suara seorang pemuda yang berjaya ‘take over’ konsert Bunkface setelah dijemput naik vokalis kumpulan itu mendapat pujian ramai.

Pemuda naik pentas secara tiba-tiba ketika konsert Bunkface

Terkini tular pula seorang lelaki dihalau turun setelah secara tiba-tiba menaiki pentas ketika Sam Bunkface atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom sedang menyanyikan lagu ‘Revolusi’.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rembogadgetgerbangmalam, kelihatan lelaki terbabit pada mulanya menari di bahagian tepi pentas.

Rampas mic Sam Bunkface ketika bernyanyi

Bagaimanapun, dia mula berjalan ke arah Sam dan merampas mikrofon meskipun vokalis kumpulan itu enggan memberikannya.

Lebih memalukan, seorang krew di belakang pentas konsert tersebut terpaksa mengambil kembali mikrofon daripada pemuda itu dan mengusirnya turun semula.

Konsert terpaksa dihentikan seketika

Tindakan lelaki itu juga telah mengganggu konsert tersebut apabila terpaksa dihentikan seketika sebelum disambung semula.

“Sorry bro, siapa suruh naik stage (pentas) bro? Bro, nak naik ada cara dia kan dah kena stop dah,” kata Sam.

Difahamkan, konsert Kota Muzik Kita yang diadakan pada 29 Julai lalu telah berlangsung di Galasa Caldwell, Ipoh, Perak.

Ramai kecam dan berasa malu dengan tindakan pemuda itu

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan lelaki terbabit yang menaiki pentas ketika konsert sedang berlangsung tanpa dijemput.

Tidak hanya itu, netizen juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan apabila dihalau turun selain ‘disekolahkan’ oleh Sam sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.