fbpx
Now Reading
Guru Tadika Dikecam Teruk Selepas Kongsi Video Ajar Anak Murid Tarian ‘Twerk’ Di Media Sosial

Guru Tadika Dikecam Teruk Selepas Kongsi Video Ajar Anak Murid Tarian ‘Twerk’ Di Media Sosial

Rata-rata netizen bersetuju bahawa gerakan tarian ‘twerk’ tidak sesuai untuk dilakukan oleh kanak-kanak tadika apatah lagi merakam perbuatan itu untuk dikongsikan di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang guru tadika bukanlah sesuatu tugas yang mudah lebih-lebih lagi apabila anda perlu melayani pelbagai karenah anak murid.

Namun, sebagai seorang guru tadika sudah menjadi tanggungjawab untuk mengajar kanak-kanak ini melakukan perkara baik agar tidak terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.

Tular guru ajar anak murid tarian ‘twerk’

Seperti baru-baru ini tular di media sosial rakaman seorang guru tadika di Thailand mengajar anak muridnya untuk melakukan gerakan tarian ‘twerk’.

Video yang tular di laman Facebook itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial di sana mengecam tindakan guru terbabit.

Video kanak-kanak menari tarian ‘twerk’ dikongsikan guru itu sendiri

Menurut The Thaiger, video tersebut pada awalnya dikongsikan oleh guru itu sendiri di laman media sosial miliknya.

Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan murid sedang berlatih menari untuk persembahan sekolah sebelum guru terbabit mengarahkan kanak-kanak itu melakukan gerakan ‘twerk’ iaitu yang disifatkan sebagai tarian seksual.

Video tersebut kemudiannya dikongsikan oleh pengguna media sosial yang lain, sekaligus mencetuskan kritikan ramai terhadap guru berkenaan.

Artis Thai terkenal Mario Maurer turut kecam dan beri pandangan

Malah, artis terkenal dari negara Gajah Putih itu, Mario Maurer turut mengecam tindakan guru terbabit selain berkongsi pandangannya mengenai video tular berkenaan.

Menurut Mario, menari merupakan suatu aktiviti yang baik untuk kanak-kanak, namun gerakan yang dilakukan mestilah sesuai mengikut umur.

“Guru sepatutnya mengajar kanak-kanak untuk meluahkan diri mereka dengan sewajarnya mengikut umur mereka. Jangan fikirkan hiburan sahaja,” katanya.

Rata-rata netizen juga bersetuju bahawa gerakan tarian tersebut tidak sesuai untuk dilakukan oleh kanak-kanak tadika apatah lagi merakam perbuatan itu untuk dikongsikan di media sosial.

Ibu bapa luah kepentingan pilih sekolah yang baik untuk anak-anak

Beberapa ibu bapa turut menyatakan kepentingan dalam memilih sekolah yang baik untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan persekitaran yang sihat bagi anak-anak mereka.

Selepas menerima pelbagai kecaman, guru berkenaan akhirnya memadam video tersebut tanpa membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.