
Bibik Dipecat Lepas Tular Rakaman CCTV Pukul Anak Majikan Dalam Bilik [Video]
Malah si ibu, Amyra Nadya mendakwa amah berkenaan berlakon seakan memujuk bayi tersebut dengan mendodoinya semasa dia memasuki bilik untuk memeriksa keadaan si kecil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ibu bapa mana yang tidak marah dan kecewa sekiranya anak yang disayangi dilayan buruk oleh orang lain terutamanya penjaga yang diberi amanah.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang pembantu rumah wanita yang memukul anak majikannya terakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik sebuah rumah.
Majikan terus pecat amah pukul anak
Susulan tindakan itu, ibu kepada bayi berusia 2 bulan berkenaan bertindak segera memecat pembantu rumah warga asing itu.
Menerusi rakaman CCTV yang dimuat naik di laman Twitter (X) akaun @amyranadyaa, kelihatan pembantu rumah terbabit sedang baring di atas tilam sambil mendodoikan bayi majikannya.
Bagaimanapun, individu berkenaan kelihatan seperti hilang sabar dan bertindak memukul punggung bayi berkenaan dengan kuat sehingga anak kecil tersebut menangis.
Bibik berlakon pujuk bayi dengan dodoi
Malah wanita tersebut turut mendakwa amah berkenaan berlakon seakan memujuk bayi tersebut dengan mendodoi semasa dia memasuki bilik untuk memeriksa keadaan anaknya.
“Terakam pembantu rumah saya pukul bayi saya umur 2 bulan. Minit terakhir boleh tengok dia dodoi bayi tapi pukul bontot kuat-kuat sampai bayi menangis.
“Saya terus buang dia kerja. Saya dari luar terus masuk bilik sebab dengar bunyi kuat lepas itu dia berlakon konon nak pujuk bayi,” tulisnya di ruangan komen.
Dalam pada itu, menurut laporan Kosmo wanita terbabit juga membuat laporan polis selepas kecewa dan marah dengan perbuatan pembantu rumahnya itu.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada di rumah kerana menguruskan perniagaan secara dalam talian, malah wanita itu memaklumkan tidak pernah meninggalkan anaknya sendirian bersama pembantu rumah terbabit.
just caught my maid pukul baby i umur 2 bulan. minit terakhir boleh tengok dia dodoi baby tapi pukul bontot kuat2 sampai baby nangis
— 𝐍𝐚𝐝𝐝𝐲 🌻 (@amyranadyaa) August 19, 2023
i terus buang dia kerja. i dari luar terus masuk bilik sbb dgr bunyi kuat lepastu dia berlakon konon nak pujuk baby. bodoh pic.twitter.com/QIjcpXanxS
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan pembantu rumah wanita itu kerana memukul bayi yang baru berusia dua bulan.
Malah netizen turut mendakwa pengasuh terbabit sebenarnya malas untuk menjaga bayi berkenaan.
eeeeee geram la, nak je i hempuk kepala dia. tak baik la dia buat macam tu ish. kesian baby youuuu. 😭😭😭
— yiyieeen (@yiyieeen) August 19, 2023
Omg hayun baby laju2 ni boleh terkena shaken baby syndrome. Takutnya tgk!!
— TV addicts (@moimori) August 20, 2023
Sebenarnya, gaya dia duduk/baring kat katil tu pun nampak sgt dia nak berehat. Jadi bila baby x tido dia geram. Kalo nak tido nape pilih kerja ni? 😡
— °Årūńã Râj° (@arunaraj9684) August 19, 2023