fbpx

Gara-Gara Video Kahwin Lain, Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki Yang Kena Bebel [Video]

Sebelum ini, video Abang Tesla tular di media sosial memaparkan dirinya yang berkahwin dua selepas mendapat restu dari isteri pertama hingga mengundang perhatian netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang usahawan dan influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla yang berkahwin dua.

Menerusi video tersebut kelihatan lelaki berkenaan menunaikan solat subuh sambil diiringi airmata tiga jam sebelum isteri pertamanya dimadukan.

Ambil masa untuk pujuk isteri restu nak kahwin dua

Dia kemudian memaklumkan bahawa dia mengambil masa untuk memujuk isteri merestui niatnya untuk berkahwin lain malah mengatakan sebaik sahaja selesai majlis dia kemudian terus mencari wanita berkenaan demi memastikan emosinya berada dalam keadaan baik.

Video mengenai pemuda itu kemudian menjadi sohor di kebanyakan platform media sosial sehingga membuatkan ramai wanita geram dan akhirnya kaum lelaki menjadi sasaran untuk dibebel agar tidak melakukan tindakan sama.

Ini kerana, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen apabila ada yang bersetuju dan ada juga yang mengkritik tindakan tersebut.

Baca artikel berkaitan: “Solat Subuh Bersama Sambil Diiringi Air Mata” – Abang Tesla Kahwin Dua Lepas Berjaya Pujuk Isteri [Video]

Abang Tesla tampil minta maaf pada kaum lelaki

Sedar dia menjadi punca, Abang Tesla kemudian tampil menerusi satu video di TikTok untuk memohon maaf.

Malah dia turut menyatakan terdapat segelintir kaum lelaki yang tidak dibenarkan keluar rumah termasuklah mendengar lagu yang digunakan oleh Abang Tesla dalam video terbabit.

“Pertama sekali aku nak minta maaf kepada kaum lelaki sebab saya nampak banyak video disebabkan rakaman saya ramai yang kena marah dengan bini.

“Hari ini tak boleh keluar rumahlah, dengar lagu ‘Kau Tigakan Cinta’ pun kena marah dengan bini. Jadi saya nak minta maaf kepada semua kaum lelaki sebab saya kahwin dua korang yang kena marah,” jelas Abang Tesla dalam video itu.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, Abang Tesla turut memasukkan reaksi ‘memes’ beberapa individu yang ketawa.

@abg.tesla Ada yg kena bebel tak berenti ke tu?? 🤣🤣 #abgtesla ♬ original sound – ABG.TESLA

Ramai yang luah rasa geram dengan tindakan Abang Tesla

Menjengah ke ruangan komen, kelihatan beberapa wanita turut mengakui bahawa kerana pemuda itu suami mereka dibebel dari petang sehingga malam.

Malah ada yang turut meluahkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan Abang Tesla itu.

“Sebab Abang Tesla ni la suami aku kena bebel dari petang sampai ke malam tadi sampai la ke pagi ni!”

“Saya dah tiga hari kena ikat bang belum bebas”

“Kerana abang, saya terpaksa menyindiri dan mendengan lagu mati hidup semula.. tapi sekrang dah tukar lagu tu mati tak hidup hidup. Bini isytihar perang dunia”

“Baru lepas kena ni bang, ingatkan semalam dah terlepas. Tapi tahniah bang semoga lebih berjaya di masa akan datang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.