fbpx
Now Reading
“Korang Kena Hati-Hati” – Abang Tesla Titip Nasihat Khas Buat Para Isteri [Video]

“Korang Kena Hati-Hati” – Abang Tesla Titip Nasihat Khas Buat Para Isteri [Video]

Namun, kenyataan dan nasihat Abang Tesla itu mendapat kecaman netizen memandangkan dia juga pernah menjadi topik hangat warganet apabila berkahwin dua atas alasan zuriat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu perkahwinan kedua inluencer Alif Teega masih lagi hangat diperkatakan hingga kini. Ia mula menjadi perhatian warganet di media sosial ekoran perkahwinan kedua itu berlaku di saat isteri pertama Alif, Aisyah Hijanah sedang hamil lima bulan.

Malah, ia dirancakkan lagi dengan pendedahan oleh adik Aisyah yang mendakwa influencer berkenaan telah mengasari isterinya.

Isu ini nyata menjadi buah mulut orang ramai baik orang biasa mahupun pempengaruh yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang

Abang Tesla Titip Pesan Berhubung Isu Alif Teega

Terbaharu, influencer media sosial yang dikenali sebagai ‘Abang Tesla’ atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri tidak ketinggalan turut mengulas mengenai isu ini.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Abang Tesla sempat menitipkan pesanan khusus buat golongan lelaki dan wanita.

“Berkenaan isu Alif Teega, isu ini dulu aku juga pernah kena. Kepada lelaki dan wanita, seeloknya doa yang baik-baik.

“Kadang-kadang bila baca komen, seolah-olah dia la yang paling sempurna, tiada dosa. Seolah-olah kebahagiaan rumah tangga diorang sempurna gila.

“Kepada korang aku nasihatkan doa yang baik, sebab kita tidak tahu benda ni bila-bila masa sahaja boleh berlaku,” katanya menerusi video tersebut.

Titip Nasihat Khas Buat Para Isteri

Menerusi video berkenaan, Abang Tesla turut menitipkan pesanan khas buat kaum wanita kerana mahu membantu golongan tersebut.

“Kepada wanita-wanita, jangan rasa lelaki-lelaki itu baik depan korang tapi dia tiada yang lain. Sebab aku ramai je kawan macam tu.

“Korang kena hati-hati la, check telefon pasangan korang, tengok lokasi dia dekat mana, video call dia. Kalau mana yang selalu outstation tu, tengok telefon diorang paling penting.

“Bukan nak cakap tak percaya tapi kena lebih hati-hati. Sebab kita tak tahu. Kadang-kadang yang cakap lebih-lebih ni silap-silap laki dia kelaut tak tahu ke mana,” jelasnya.

Turut Nasihat Kaum Lelaki Yang Berpoligami

Melalui video itu juga, dia turut menitipkan nasihat buat kaum lelaki khususnya yang mengamalkan poligami agar melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Untuk lelaki pula, jangan rasa terpaling baik dan terpaling bagus. Kena istiqamah sama-sama. Laksanakan tanggungjawab dengan baik, jangan salahkan orang lain,” ujarnya.

Perkongsiannya itu nyata mendapat perhatian warganet. Rata-rata netizen mengecam tindakannya yang mengeluarkan nasihat sedemikian kerana dianggap mengeruhkan lagi keadaan.

Namun, ada juga yang berpendapat agar menilai nasihat tersebut berdasarkan apa yang dikatakan oleh lelaki berkenaan.

Untuk info, Abang Tesla juga pernah menjadi perbualan hangat warganet apabila dia juga turut berkahwin dua atas alasan zuriat.

Malah, dia pernah dikecam hebat gara-gara kenyataan yang dikeluarkan iaitu ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ pada bulan Ogos yang lalu.

Berikut antara komen netizen:

Mentang-Mentang Dah Lepas Azab, Kau Nak Apikan Orang Lain Pula

Lebih Baik Diam Dari Berkata-Kata

Poligami Ni Berat, Bukan Main-Main, Sekarang Seronok La

Janganlah Melihat Kepada Sesiapa Yang Berkata, Lihatlah Kepada Apa Yang Dikatakan

Baca Artikel Berkaitan: “Solat Subuh Bersama Sambil Diiringi Air Mata” – Abang Tesla Kahwin Dua Lepas Berjaya Pujuk Isteri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Video Kahwin Lain, Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki Yang Kena Bebel [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.