fbpx
Now Reading
Lelaki Di Pakistan Dipenjara Selepas Kahwin Dua Senyap-Senyap

Lelaki Di Pakistan Dipenjara Selepas Kahwin Dua Senyap-Senyap

Selain dijatuhkan hukuman penjara, lelaki warga Pakistan, Joshua Ilyas turut dikenakan denda sebanyak RM414.94 atas kesalahan yang dilakukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia sehingga ke akhir hayat.

Namun sudah menjadi lumrah dunia apabila setiap pasangan pasti akan diduga dengan pelbagai perkara yang sering menjadi mimpi ngeri seperti kecurangan dan sebagainya.

Lelaki dijatuhi hukuman penjara kerana kahwin dua senyap-senyap

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila si suami telah berkahwin dua secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya sedangkan dia masih lagi hidup.

Disebabkan tindakan itu, lelaki yang berasal dari Karachi, Pakistan berkenaan kemudian telah disabitkan kesalahan dan menjadi orang pertama yang dijatuhkan hukuman di bawah Akta Perkahwinan Kristian 1987 kerana melanggar undang-undang pada 11 Disember lalu.

Dipenjara dan didenda sebanyak RM414.94

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun atas tiga kesalahan terhadap lelaki yang dikenali sebagai Joshua Ilyas.

Selain dipenjara, tertuduh turut dikenakan denda sebanyak Rs25,000 (RM414.94) namun Ilyas hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tiga tahun memandangkan ketiga-tiga hukuman dijalankan secara serentak.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa lelaki berkenaan disabitkan kesalahan di bawah CrPc Seksyen 245 (ii) yang membenarkan majistret untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh sekiranya hakim mendapati dia bersalah.

Dia juga disabit bersalah di bawah PPC Seksyen 468 kerana dengan niat memalsukan dokumen untuk tujuan menipu, Seksyen 471 kerana penipuan tidak jujur menggunakan mana-mana dokumen tulen di mana mereka tahu ia adalah palsu dan juga Seksyen 494 kerana berkahwin ketika pasangan suami atau isteri masih hidup.

Setiap kesalahan membawa kepada hukuman penjara tiga tahun dan hakim memerintahkan agar ia dijalankan secara serentak.

Dah kahwin selama setahun setengah dan bertunang semasa hantar isteri ke Dubai

Ketika perbicaraan kes, peguam yang mewakili isteri pertama Ilyas, Ester memaklumkan tertuduh telah berkahwin selama satu tahun setengah dan mengikat tali pertunangan dengan wanita terbabit sewaktu isterinya berada di Dubai.

Peguam itu menjelaskan Ester hanya mengetahui suaminya itu telah berkahwin dua selepas pulang ke Pakistan.

“Ini bertentangan dengan Akta Perkahwinan Kristian,” ujar peguam tersebut kepada mahkamah, lapor Geo TV.

Hakim turut memerintahkan hukuman penjara dilanjutkan selama dua bulan lagi kepada tertuduh sekiranya gagal membayar penalti.

“Ini adalah kali pertama seseorang disabitkan di bawah Akta Perkahwinan Kristian di Sindh,” kata peguam tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.