fbpx
Now Reading
“Kamal Anak Selangor” – Soalan Budak 3 Tahun Buat Emak Ayah Bingung [Video]

“Kamal Anak Selangor” – Soalan Budak 3 Tahun Buat Emak Ayah Bingung [Video]

Jawapan kurang tepat yang diberikan si ibu nyata menyebabkan anaknya yang berumur tiga tahun itu mula tidak puas hati dan meragam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak merupakan penyeri dalam kehidupan rumah tangga. Semasa proses tumbesaran anak, pelbagai ragam dan emosi yang perlu dihadapi oleh ibu bapa.

Kadang kala, sikap dan tingkah laku mereka ini menghiburkan kita sebagai penjaga. Namun, ada juga ketikanya perangai mereka boleh menguji kesabaran.

Tambah-tambah ketika anak berada di fasa umur tiga hingga enam tahun. Pada peringkat usia begini, mereka cenderung mempunyai sifat ingin tahu yang terlalu kuat sehinggakan sebagai ibu bapa sukar bagi kita untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan mereka.

Anak Meragam Ibu Bapa Beri Jawapan Teka-Teki Salah

Menerusi video di akaun Tik Tok @izzati.anis, dia berkongsikan saat anak lelakinya mula meragam hanya kerana jawapan teka-teki yang diberikan olehnya adalah salah.

Segalanya bermula apabila anak lelakinya yang bernama Kamal mengajukan soalan kepada dia dan suaminya.

“Kamal anak siapa?” tanya anaknya.

“Kamal anak mama dengan papa la,” jawab Izzati.

Namun, jawapannya itu nyata menyebabkan anaknya yang berumur tiga tahun itu mula tidak puas hati dan meragam.

“Tak, anak red and yellow tu,” balas anaknya.

“Red and yellow? Allah,” kata Izzati yang dilihat mula pening memikirkan jawapan yang tepat. Malah, suaminya juga dilihat berdiam diri seolah-olah memikirkan jawapan yang betul.

Secara tiba-tiba, suami Izzati yang pada ketika itu sedang memandu kereta memberikan jawapan yang tepat dan menggembirakan anak mereka.

“Kamal anak Selangor,” kata suami Izzati.

Izzati kemudiannya dilihat lega apabila mendegar jawapan yang diberikan oleh suaminya.

“Kadang-kadang bila bercakap dengan budak tiga tahun ni, macam main teka-teki,” tulis wanita itu menerusi ruangan kapsyen.

@izzati.anis

Kadang-kadang, bila bercakap dengan budak 3 tahun ni, rasa macam main teka teki😅

♬ original sound – izzati – izzati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan soalan dan keletah anak kecil wanita itu. Ada juga segelintir yang berkongsikan pengalaman yang sama mengenai perangai anak-anak mereka.

Malah, ada di antara netizen yang memuji tindakan suami wanita itu yang berjaya memberikan jawapan yang tepat.

Dia Bagi Teka Teki, Dia Yang Stress

Bab Ini Bapak Je Paham, Sebab Sama-Sama Lelaki

Mujur Bapanya Cakap, Kalau Tidak, Sampai Bila La Nak Kena Teka

Anak Saya Tiga Tahun, Yang Boleh Decode Dia Cakap, Kakak Dia Je. Pening Betul Kalau Dia Dah Start Teka-Teki

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kekal Tenang Walau Diganggu Anak Ketika Solat, Raih Perhatian Netizen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ragam Anak Perempuan Halang Ayah Pergi Kerja Siap Renyukkan Baju Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.