fbpx
Now Reading
Lelaki Kekal Tenang Walau Diganggu Anak Ketika Solat, Raih Perhatian Netizen [Video]

Lelaki Kekal Tenang Walau Diganggu Anak Ketika Solat, Raih Perhatian Netizen [Video]

Apa yang menarik perhatian adalah tingkah laku kanak-kanak perempuan itu yang menyarungkan beg kertas berwarna biru pada kepala bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap agama di dunia ini sememangnya mempunyai kaedah sembahyang mengikut cara tersendiri.

Dalam agama Islam, sembahyang turut dikenali sebagai solat dan yang wajib dilakukan adalah solat fardu 5 waktu sehari.

Ketika solat, itulah waktu yang terbaik untuk manusia berhubung secara langsung dengan Penciptanya. Pada waktu ini, individu yang beribadah perlu khusyuk dan meninggalkan segala perkara yang berkaitan dengan dunia.

Namun, ada kalanya, fokus ibadat boleh terganggu terutama buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Bagi golongan ini, sudah pastinya tidak terlepas dengan ragam anak ketika solat antaranya seperti menangis mahukan perhatian, menarik telekung atau duduk di atas sejadah.

Anak Kacau Ketika Solat, Lelaki Tetap Fokus

Begitulah yang terjadi dengan seorang lelaki apabila dia diganggu berkali-kali oleh anak perempuannya ketika solat.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @acid7e, kelihatan kanak-kanak perempuan yang dipercayai berusia dalam lingkungan dua tahun menganggu bapanya ketika solat.

Kanak-kanak comel itu dilihat berdiri di atas sejadah berhadapan dengan bapanya. Apa yang menarik perhatian adalah tingkah lakunya yang menyarungkan beg kertas berwarna biru pada kepala bapanya.

Ini menyebabkan beg kertas sentiasa tersarung di kepala lelaki itu sepanjang dia mendirikan solat.

Di akhir video berkenaan, kelihatan anaknya menarik beg kertas tersebut dan sekali lagi cuba menyarung semula di kepalanya.

“Terimalah solatku Ya Allah, walau apapun rintangan,” tulis pemilik akaun di ruangan video itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah kanak-kanak bersama bapanya itu. Tidak kurang juga ada yang memuji si bapa kerana tenang dan khusyuk walaupun konsentrasinya pasti terganggu.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sama diganggu anak ketika solat.

Namun, ada juga warganet yang belum mendapat rezeki cahaya mata turut terhibur dengan keletah kanak-kanak comel itu dan berdoa agar dikurniakan kebahagiaan seperti itu.

Dah La Gelak Tengok Video Ini, Tambah Gelak Baca Komen

Tengah Doa Minta Dimurahkan Rezeki, Anak Datang Letak Biskut Dekat Tapak Tangan

Anak Suka Masuk Dalam Telekung, Rupanya Ujian Orang Lain Lagi Besar

Semoga Saya & Suami Dapat Merasai Situasi Yang Sama Seperti Suami Isteri Lain

Sama La Kita Bang, Hari-Hari Hadap Dan Dah Lali

Baca Artikel Berkaitan: “Amboi, Garangnya Nak” – Diganggu Ketika Bermain, Reaksi Anak Suruh Bapa Tidur Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Tenang Ustaz Layan Anak Yang Tiba-Tiba Muncul Semasa ‘Live’ Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.