fbpx

Influencer Somalia Teruja Lihat Perempuan Islam Di Malaysia Pakai Telekung Cantik Untuk Solat [Video]

Menurut wanita berkenaan anak perempuannya juga sangat suka memakai telekung berkenaan setiap kali mereka pergi ke masjid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menunaikan solat lima waktu merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap hamba Allah SWT tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Namun dalam keadaan ingin menunaikan solat kita diwajibkan untuk menutup aurat seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Sebagai contoh kebiasaannya lelaki akan memakai seluar yang menutupi pusat hingga lutut, jubah atau kain pelikat manakala wanita pula memakai telekung.

Jika dahulu warna telekung di negara ini hanya banyak dijual menggunakan warna putih kerana ia kelihatan bersih dan kemas namun kini tidak lagi.

Ini kerana, ia telah inovasikan dengan pelbagai warna yang cantik malah ada juga yang meletakkan perhiasan di atasnya seperti manik, renda dan sebagainya.

Wanita teruja lihat masyarakat di Malaysia pakai telekung cantik untuk solat

Baru-baru ini, seorang influencer wanita, Sagal Ali dari Somalia yang menetap di negara ini bersama keluarganya meluahkan rasa terujanya apabila melihat telekung yang dipakai masyarakat Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @yourtypicalcouple, influencer itu menyifatkan perempuan di negara ini sering kali memakai telekung yang cantik setiap kali ingin menunaikan solat.

“Satu perkara yang saya perasan dilakukan wanita di negara ini ialah apabila mereka ingin menunaikan solat, mereka selalu memakai pakaian solat yang sangat cantik.

“Saya tidak bercakap mengenai mereka yang tidak memakai tudung, sudah tentunya mereka perlu membawa tudung/ telekung untuk solat. Saya bercakap mengenai wanita Malaysia yang memakai tudung yang sempurna di mana mereka sentiasa membawa pakaian solat yang lebih dan ia sangat cantik,” katanya dalam video tersebut.

Anak perempuan juga suka pakai setiap kali ke masjid

Kata Sagal lagi, dia sebelum ini tidak pernah melihat budaya lain memakai pakaian seperti itu. Malah wanita itu turut memaklumkan bahawa di Malaysia pakaian solat itu dipanggil sebagai ‘Telekung’.

“Anak perempuan saya sangat suka memakainya setiap kali kami pergi ke masjid.”

Melihat di ruangan komen, ada netizen Malaysia yang berkongsi pengalaman apabila terdapat warga Nigeria yang memuji telekung dipakai ketika di Mekah cantik dan nampak bersih.

Malah ada juga yang menjelaskan mereka mempunyai lebih daripada satu telekung kerana ia sangat selesa.

Dalam beberapa lagi video lain, Sagal juga sering berkongsi perkara lain yang menarik mengenai Malaysia seperti makanan dan kehidupan keluarganya selama menetap di sini.

“Masa aku dekat Mekah, anak muda dari Nigeria datang dekat aku cakap telekung Malaysia semua cantik dan semua warna putih. Dia orang cakap nampak bersih je”

“Ia juga selesa sehingga boleh boleh dibawa tidur apabila kami memakai telekung”

“Saya ingatkan semua orang memakai telekung untuk solat”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.