fbpx
Now Reading
Imam Lupa Tahiyat Awal Ketika Solat? Ini Yang Makmum Patut Dilakukan [Video]

Imam Lupa Tahiyat Awal Ketika Solat? Ini Yang Makmum Patut Dilakukan [Video]

Sekiranya imam terlupa untuk membaca tahiyat awal dan terus berdiri selepas rakaat kedua, makmum wajib mengikut imam kerana tahiyat awal adalah sunat muakad.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui solat lima waktu merupakan ibadah wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Rukun sah solat pula adalah sebanyak 13.

13 rukun ini merupakan perkara yang wajib dilakukan semasa sedang mendirikan solat tidak kiralah secara bersendirian mahupun berjemaah di masjid.

Antara rukunnya adalah berdiri tegak jika mampu, niat, takbirahtul ihram, membaca al-Fatihah serta banyak lagi.

Walau bagaimanapun di dalam mendirikan solat terdapat beberapa perkara sunat yang dilakukan contohnya membaca doa qunut, memberi salam yang kedua sebelum selesai solat serta banyak lagi.

Imam lupa baca tahiyat awal sebelum qiam rakaat ketiga

Baru-baru ini, Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor menerusi akaun TikTok rasminya telah berkongsi satu video apa yang perlu dilakukan oleh makmum sekiranya imam terlupa untuk membaca tahiyat awal.

Menerusi video demonstrasi tersebut, perakam menunjukkan keadaan apabila imam terus bangun selepas sujud pada rakaat kedua.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan para jemaah di belakangnya sedikit keliru kerana kebiasaannya ia akan disambung dengan bacaan tahiyat awal sebelum bangun untuk rakaat ketiga.

Salah seorang makmum di bahagian belakang kemudiannya menyebut subhanallah untuk memaklumkan kepada imam terdapat kesilapan yang dilakukan. Namun seorang lagi makmum turut ikut berdiri bersama-sama dengan imam.

Tak perlu duduk semula sebaliknya boleh teruskan rakaat ketiga, tahiyat awal adalah sunat muakad

Imam itu kemudiannya kembali duduk dan perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan tidak perlu dilakukan.

Bahkan makmum hanya boleh membuat teguran dengan menyebut subhanallah sebelum imam qiam untuk rakaat seterusnya.

Makmum wajib ikut imam berdiri jika lupa tahiyat awal

Sebaliknya apa yang perlu dilakukan makmum adalah mengikut imam berdiri ke rakaat seterusnya.

Ini kerana mengikut imam adalah wajib manakala tahiyat awal merupakan sunat muakad.

“Kalau lupa untuk buat tahiyat awal janganlah patah balik (duduk semula) sebab apa tahiyat awal hukum dia sunat muakad (sunat yang digalakkan), sedangkan qiam pada rakaat yang ketiga itu hukum dia wajib.

“Jadi apabila dah sampai pada wajib, tidak boleh untuk berpatah balik kepada yang sunat. Apabila maklum mendapati imam lupa membuat tahiyat awal. Maka pada ketika itu makmum wajib mengikut imam.

“Makmum boleh tegur imam pada satu keadaan sahaja. apabila imam itu belum sempat lagi nak qiam, bermakna on the way nak ke qiam,” katanya.

@masjid.kg.nakhoda

PEMBETULAN : TAHIYAT AWAL – SUNAT AB’AD benda dah jadi, tak tahu nak buat apa 😆 Rujukan: qaulutam fiahkam makmum wal imam #makmum #ilmuagama #imam #masjid

♬ original sound – Masjid Kg Nakhoda – Masjid Kg Nakhoda

Disunatkan untuk buat sujud sahwi

Melihat di ruangan komen ada yang turut bertanya adakah perlu untuk membuat sujud sahwi selepas selesai fardu kerana terlupa untuk membaca tahiyat awal dan ada yang menjawab adalah baik sekiranya ia dilakukan.

Ada juga yang bertanya sama ada adakah ia perlu digantikan kepada rakaat ketiga dan Masjid Kg Nakhoda menjawab tidak perlu sebaliknya hanya perlu solat seperti biasa.

“Kalau tahiyat awal tu kita buat dekat rakaat ketiga bolehkan?”

“Pernah juga terjadi dekat kita.. akhirnya buat sujud sahwi je. Semoga Allah terima sujud sahwi saya”

“Kalau solat sendirian lupa tahiyah awal kena buat sujud sahwi tak?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.