fbpx
Now Reading
Macam Filem Papadom, Video Kasih Sayang Seorang Bapa Terhadap Anak Perempuannya Buat Ramai Sebak [Video]

Macam Filem Papadom, Video Kasih Sayang Seorang Bapa Terhadap Anak Perempuannya Buat Ramai Sebak [Video]

Difahamkan, sejak kecil lagi anak perempuannya yang dikenali sebagai Yaya itu sememangnya rapat dan manja terhadap bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah, kebanyakan anak perempuan pastinya lebih rapat dan manja dengan bapanya berbanding ibu.

Situasi ini merupakan sesuatu yang bagus kerana ia dapat membantu proses pembesaran anak agar lebih positif dan membina keyakinan diri yang lebih tinggi.

Tular video kasih sayang bapa dan anak perempuan

Seperti baru-baru ini, video kasih sayang seorang bapa dan anak perempuannya telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @knizamk1982, lelaki terbabit berkongsi beberapa gambar dan video momennya bersama anak perempuannya itu yang dikenali sebagai Yaya.

“Nak peluk je kerjanya, Yaya yang manja,” tulis lelaki itu.

Sejak kecil sentiasa berada dalam pelukan bapa

Difahamkan, sejak kecil lagi anak perempuannya itu sememangnya rapat dan manja terhadap bapanya.

Malah sehingga meningkat dewasa, anak perempuannya itu tetap mencari ayahnya untuk dipeluk di saat dia sedang bersedih atau gembira.

Berada di dalam pelukan ayah merupakan tempat ‘healing’ paling terbaik buat anak-anak perempuan.

Video kasih sayang di antara bapa dan anak perempuan yang berdurasi 41 saat itu mendapat lebih lima ratus ribu jumlah tontonan dan 62,200 tanda suka.

Memindai ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat kasih sayang di antara seorang bapa terhadap anaknya.

Macam cerita Papadom kisah sebenar – netizen

Malah, ada segelintir netizen yang terhibur dan mengaitkan perkongsian itu dengan filem Papadom yang sebenar.

Filem Papadom pada tahun 2009 mengisahkan kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa tunggal yang dikenali sebagai Saadom (lakonan Afdlin Shauki) terhadap anak perempuanya Miasara (Liyana Jasmay).

Komen netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.