Ramai Kagum Lihat Koir Kanak-Kanak Dari Colorado, AS Menyanyi Guna Bahasa Melayu [Video]

Tidak dinafikan untuk mempelajari sesuatu bahasa, seseorang individu perlu mengambil masa yang lama agar setiap perkataan yang dibaca dan ditutur adalah betul dan mempunyai makna.

Ini kerana, bahasa tersebut bukanlah bahasa utama yang digunakan setiap hari atau lebih dikenali sebagai ‘mother tongue’.

Maka tentu ia mengambil masa untuk ditutur apatah lagi jika ingin menyanyikannya dalam sebuah persembahan di hadapan khalayak ramai.

Kanak-kanak di Amerika Syarikat buat persembahan koir guna Bahasa Melayu

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kumpulan koir Colorado Children’s Carole di Amerika Syarikat yang membuat persembahan dengan menyanyikan lagu ‘Kira!’ dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fairuz Fee Tauhid, dia merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengkoreografi setiap gerakan kumpulan koir kanak-kanak tersebut.

Lagu tersebut telah dicipta oleh Dr Tracy Wong yang berasal dari Malaysia yang kini berpangkalan di Ontario, Canada.

Apa yang lebih menarik persembahan koir tersebut turut diketuai oleh Wong yang juga merupakan seorang guru muzik, penyanyi, komposer, pemain piano dan juga konduktor choral.

Guna nombor dan pepatah melayu dalam lirik

Dalam video itu turut kedengaran kanak-kanak itu mengira menggunakan Bahasa Melayu bermula dengan nombor satu sehingga nombor lapan. Malah apa yang membuatkan pengiraan itu lebih unik adalah mereka tampil dengan lenggokan melodi yang pelbagai dan harmoni.

Bukan hanya itu, lagu tersebut turut dihiasi dengan pepatah Melayu yang membuatkan ia menjadi satu lirik yang sempurna, antaranya adalah:

  • “Sediakan payung sebelum hujan” yang membawa maksud seseorang perlu berhati-hati sebelum menghadapi kesusahan.
  • “Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian” untuk mendapatkan kesenangan ia bukanlah mudah di mana seseorang perlu melalui kesusahan bagi mengecapinya.
  • “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang” bermaksud sesuatu perkara seperti rezeki, kejayaan tidak datang sendiri jika tidak diusahakan.

Persembahan yang membabitkan lebih daripada 30 orang kanak-kanak itu bagaimanapun telah berlangsung pada April lalu namun ia menjadi tular selepas Fairuz memuat naik video berkenaan di akaun TikTok miliknya.

@fairuzfeetauhid Berasaskan Peribahasa Melayu. Kira! Oleh Dr Tracy Wong (Canada) #KOREOGRAFee ♬ KOREOGRAFee oleh Fairuz Fee Tauhid – Fairuz Fee Tauhid

Video sama turut dikongsi dalam YouTube

Menerusi semakan kami video asal telah dimuat naik oleh Wong menerusi YouTube akaunnya pada 30 Jun lalu.

“Saya berterima kasih kepada Colorado Children’s Chorale dan Emily Crile (pengarah Artistik) yang memberi peluang untuk mencipta karya ini bagi konsert Spring 2023 – Time To Shine.

“Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripadany,” jelas Wong.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa kagum dengan persembahan tersebut selain turut mengatakan ia adalah sesuatu yang luar biasa.

“Terima kasih Dr Tracy Wong memartabatkan Bahasa Melayu di pentas antarabangsa”

“Saya harap mempunyai anak-anak koir seperti ini. Fokus terutama dalam harmoni dan melodi”

“Bangga jadi Malaysian di Canada”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

21 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

22 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

22 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

23 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

24 hours ago