
Tular Hujan Lebat & Ribut Landa Mekah Cetus Suasana Cemas, Seorang Terkorban [Video]
Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussain al-Qahtani berkata, ribut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (23 Ogos), kecoh di media sosial apabila tular beberapa rakaman yang memaparkan keadaan huru-hara berlaku di Mekah apabila Tanah Suci itu dilanda hujan lebat serta ribut petir.
Bencana itu sekaligus telah memberi kesan kepada para jemaah umrah dari serata dunia yang tidak dapat meneruskan ibadah mereka.
Tular video jemaah umrah tergelincir dan basah kuyup
Menerusi satu video yang sohor pada Selalu lalu (22 Ogos) di media sosial, kelihatan jemaah umrah yang sedang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah tergelincir dan basah kuyup.
Super Storm exploded in mecca.. pic.twitter.com/8hewJvpzwi
— Kavish Aziz (@azizkavish) August 23, 2023
Selain itu, dalam satu lagi video berasingan turut kelihatan kilat menyambar menara ikonik Hotel Fairmont Makkah Clock Royal Tower sehingga menerangi langit pada malam itu.
Ribut bawa angin kencang lebih 80km sejam
Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussain al-Qahtani berkata, ribut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam, lapor Al-Jazeera.
Menurutnya, kejiranan Mekah di al-Kakiyyah merekodkan 45 milimeter (1.8 inci) hujan dalam tempoh 24 Jam.
🔴 الرياح الهابطة التي تأثرت بها #العاصمة_المقدسة تجاوزت سرعتها 80كم/س والكعكية تسجل أعلى كمية أمطار بمقدار 45 ملم، بينما تبقى فرص الأمطار متوسطة في مجملها، بمشيئة الله.#نحيطكم_بأجوائكم pic.twitter.com/CFTsjwdIrb
— المتحدث الرسمي للمركز الوطني للأرصاد (@spokespncm) August 22, 2023
Jelas Hussain, keadaan ini serupa dengan ribut yang pernah berlaku pada tahun 2015 lalu di mana kren di Masjidil Haram telah tumbang dan mengorbankan lebih daripada 100 orang selain berates-ratus yang lain mengalami kecederaan.
Susulan kejadian itu, Kerajaan wilayah Mekah berkata bahawa sekolah akan ditutup di kawasan tersebut dengan pembelajaran dijalankan secara dalam talian.
Seorang lelaki dilaporkan terkorban akibat bencana itu
Dalam pada itu, menurut laporan Arab News, seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu.
Mangsa dikenali sebagai Mohammed Al-Twaim yang juga seorang guru di Sekolah Rendah Mina terkorban akibat lemas semasa cuba menyelamatkan diri dari keretanya yang ditenggelami banjir.
The floods at street due to heavy rains in Mecca, Saudi Arabia 🇸🇦 (22.08.2023)
— Disaster News (@Top_Disaster) August 22, 2023
TELEGRAM JOIN 👉 https://t.co/9cTkji5aZq pic.twitter.com/rMQR4dJLX7
Angin kencang dan hujan lebat di Mekah semalam. pic.twitter.com/KtqXOTcb8e
— Salim Iskandar (@Salim_Iskandar) August 23, 2023