fbpx
Now Reading
Budak Menangis Berpeluh Hingga Pucat, Dibiar Sendirian Dalam Kereta Lebih 40 Minit Tanpa Enjin Dihidupkan [Video]

Budak Menangis Berpeluh Hingga Pucat, Dibiar Sendirian Dalam Kereta Lebih 40 Minit Tanpa Enjin Dihidupkan [Video]

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Arif itu, dia terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dengan memecahkan cermin kenderaan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak dibiarkan sendirian di dalam kereta tanpa enjin kenderaan dan penghawa dingin dihidupkan.

Kejadian itu mula disedari seorang lelaki selepas mendengar suara tangisan kanak-kanak itu dalam kereta berkenaan.

Kanak-kanak dalam kereta sendirian dalam keadaan berpeluh dan pucat

Menerusi hantaran video yang dikongsikan lelaki terbabit di akaun Twitter miliknya (@arifjat), dia yang dikenali sebagai Arif berkata kanak-kanak itu dilihat berada dalam keadaan berpeluh sehingga pucat.

Menurutnya, kereta jenis Perodua Viva Elite itu ditinggalkan di bawah panas terik dalam keadaan hanya tingkap dibuka sedikit.

“Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat. Enjin mati lepastu tingkap depan sahaja buka sikit.

“Gila apa lah tinggal anak dalam kereta macam ni di tengah panas,” ciapnya di Twitter.

Hampir 40 minit tunggu, namun pemilik kereta tidak muncul

Menurutnya lagi, Arif mendakwa dia menunggu ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu hampir 40 minit, namun tidak ada seorang pun yang kelihatan kembali ke kereta berkenaan.

Arif yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dengan memecahkan cermin kenderaan terbabit.

Kanak-kanak berjaya diselamatkan dan dibawa ke klinik berhampiran

Akhirnya, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan telah dibawa ke klinik berhampiran buat sementara waktu sementara menunggu ibu bapa atau penjaganya datang.

“Dekat 40 minit aku dekat situ takde pun ibu bapa dia datang, jadi aku minta tolong orang ramai. Update terkini budak itu selamat, kitorang pecahkan cermin dan bawa budak itu duduk dekat klinik,” tulisnya lagi.

Jelas Arif lagi, dia tidak berkesempatan untuk menemui ibu bapa kepada kanak-kanak itu kerana harus kembali semula bekerja.

“Selepas selesai budak itu diselamatkan, saya terus tinggalkan tempat kejadian untuk pergi sambung bekerja. Jadi budak itu di bawah jagaan klinik berhampiran sementara menunggu parents dia datang.”

Twitter/arifjat

Ramai kecam tindakan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu

Perkongsian terbabit yang sohor di media sosial ternyata mendapat reaksi ramai, di mana rata-rata pengguna Twitter (X) mengecam individu yang meninggalkan kanak-kanak itu sendirian di dalam kereta dalam keadaan panas.

Malah mereka turut menjelaskan kanak-kanak itu berisiko untuk terkena strok haba jika suhu di dalam kereta terlalu tinggi.

Selain itu, segelintir netizen juga meminta agar lelaki terbabit membuat laporan polis terhadap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit kerana mengabaikannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.